Harian Metro

Fuad fokus cabaran Sukan Komanwel

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Selepas melakar kejayaan cemerlang dengan memenangi pingat emas tunggal acara tinju Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Muhamad Fuad Mohd Redzuan kini mahu fokus kepada cabaran lebih besar di Sukan Komanwel.

Petinju berusia 26 tahun itu berkata, dia berazam melebarkan rekod cemerlang dengan memenangi pingat pada temasya berkenaan yang akan berlangsun­g di Gold Coast, Australia, tahun depan.

Katanya, kejayaan merangkul emas dalam kategori light fly (49 kilogram) di Sukan SEA menjadi pembakar semangatny­a untuk terus memburu kejayaan lebih banyak di pentas antarabang­sa.

“Selepas berjaya mendapatka­n pingat emas pada temasya Sukan SEA yang saya tunggu selama lapan tahun, kini fokus saya terarah kepada kejohanan lebih tinggi iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.

“Saya berharap dapat menyumbang pingat dan terus mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa,” katanya ketika ditemui selepas majlis yang diadakan untuk meraikanny­a oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid, semalam.

Pada final kategori light fly, Muhamad Fuad mengalahka­n petinju Thailand, Thani Narinram sekali gus mencipta sejarah berikutan kategori itu belum pernah dimenangi wakil negara sepanjang penganjura­n Sukan SEA.

Atlet kelahiran Seremban itu yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memulakan latihan persiapan ke Sukan Komanwel, Oktober ini.

“Kejayaan memenangi emas itu diharap satu permulaan yang baik dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabang­sa selepas ini.

“Sokongan padu keluarga dan Majlis Sukan Negara (MSN) serta bimbingan ketua jurulatih, Azmi Md Yunos membakar lagi semangat untuk terus bekerja keras,” katanya.

 ??  ?? FUAD
FUAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia