Harian Metro

Mourinho teruja buru rekod Ferguson

-

Manchester: Beliau pernah dua kali membuatkan Old Trafford terdiam dan sepi pada malam aksi Liga Juara-Juara namun ketika Manchester United kembali ke pertanding­an itu tahun ini, tanggungja­wab Jose Mourinho

adalah untuk mengembali­kan semula sorakan di stadium itu.

Pada 2004, FC Porto kendaliann­ya secara mengejut menyingkir­kan United pada pusingan kedua Liga Juara-Juara dan pada 2013 beliau kembali bersama Real Madrid untuk menamatkan penguasaan Alex Ferguson di Eropah.

Pentas Liga Juara-Juara sentiasa menjadi pertanding­an yang menyerlahk­an bakat Mourinho dan beliau sendiri mula berbicara mengenai peluangnya melepasi rekod Ferguson selaku pengurus paling berpengala­man dalam pertanding­an itu.

“Saya sedar saya kini berada dalam kelompok lima atau enam teratas. Ia masih lagi jauh berbanding kedudukan nombor satu. Apapun saya akan berjuang untuk mencapai rekod itu.

“Musim lalu, saya tidak berpeluang memburu rekod ini (United beraksi di Liga Europa) namun Manchester United sentiasa berada di tempat sepatutnya,” katanya merujuk kepada 133 perlawanan dihadapiny­a di Liga Juara-Juara berbanding Ferguson, 194 kali.

“Aksi malam Liga Juara-Juara sentiasa menjadi detik yang cukup unik buat setiap orang. Saya memiliki beberapa pemain yang masih belum ada pengalaman hebat ini. Jadi saya fikir ia sesuatu yang baik buat mereka.”

Awal pagi esok, Red Devils akan membuka tirai aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara dengan menerima kunjungan kelab Switzerlan­d, FC Basel. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia