Harian Metro

Isu lesen kelab selesai

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) yakin bakal memperoleh lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehka­n mereka beraksi pada Liga Super 2018.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, semua kriteria yang ditetapkan bersama surat rayuan sudah dihantar kepada FAM untuk proses kelulusan.

Menurutnya, beliau tidak bimbang dengan perkara berkenaan dan MUSA sedia mengikut prosedur yang ditetapkan badan induk kebangsaan itu.

Sebelum ini, FAM menerusi satu kenyataan media menjelaska­n hanya tujuh daripada 12 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super musim ini sudah menerima lesen kelab, sekali gus membolehka­n mereka terus beraksi musim depan.

Bagaimanap­un, Melaka United disenaraik­an antara pasukan yang tidak menepati kriteria ditetapkan dan Yusoff berkata, ia berpunca daripada satu kesilapan kecil hingga menyebabka­n permohonan

(gambar)

mereka ditolak, tetapi MUSA sudah menghantar semula permohonan baru bersama maklumat yang diperlukan.

“Kesilapan yang dilakukan ialah MUSA tidak menghantar laporan audit asal kepada FAM. Justeru, kami mengambil tindakan segera dengan menghantar laporan yang asal.

“Bagi proses lain, MUSA tidak ada masalah dan kami menepati ciri-ciri yang ditetapkan. Apapun, kami tidak membuat permohonan untuk menukar nama MUSA kepada Melaka City setakat ini walaupun perancanga­n itu sudah ada,” katanya.

Yusoff berkata, permohonan lesen berkenan masih mengekalka­n nama Melaka United bagi saingan musim depan.

Syarat utama yang ditetapkan kepada pasukan yang mahu memohon lesen kelab ialah perlu melepasi penilaian ke atas enam kriteria termasuk kesukanan, infrastruk­tur, pentadbira­n personel, perundanga­n, kewangan dan perniagaan.

Bagi pasukan yang gagal, surat makluman sudah diberikan dan masih boleh merayu untuk mendapatka­n lesen seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 yang mana rayuan mereka dijadualka­n dan akan didengar dalam masa terdekat.

Lesen kelab FAM & AFC yang dikeluarka­n adalah sah untuk tempoh satu musim saja iaitu 2018 dan sepanjang musim berkenaan, jika terdapat pasukan melanggar peraturan seperti yang terkandung dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen mereka boleh ditarik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia