Kerjasama murid, guru gegar pentas
Penampilan istimewa M Nasir tarikan utama konsert Wings
Kelainan dan keunikan adalah antara faktor penting dalam penganjuran sesebuah konsert berskala besar.
Pemilihan lagu, susunan muzik, gimik pentas, sistem bunyi, pencahayaan dan artis jemputan antara penyumbang utama kepada dua faktor itu.
Inilah yang terdapat dalam Konsert Wings menampilkan Datuk M Nasir di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, Sabtu lalu.
Konsert anjuran Getthis. com sempena Fiesta
Getthis di lokasi yang sama ini dihadiri lebih
2,000 peminat setia Wings yang nyata puas dengan persembahan band rock popular itu.
Penampilan istimewa M Nasir adalah tarikan utama konsert berkenaan. Individu yang bertanggungjawab dalam banyak penerbitan album dan penciptaan lagu popular Wings itu tampil dengan empat lagu iaitu Rantai, Midnight Blues dan dua lagu popularnya sejak 1980-an iaitu Hati Emas serta Gerhana.
Secara peribadi, penulis berasakan persembahan Wings bersama M Nasir dalam lagu Midnight Blues adalah yang paling menarik dalam konsert berkenaan.
M Nasir menyanyikan lagu ini dalam versinya sendiri, manakala penyanyi Wings, Datuk Awie tampil bermain gitar. Apa yang menarik, Awie turut melakukan solo gitar dengan ‘sound’ blues yang jarang dilakukannya sebelum ini.
Untuk rekod, lagu ciptaan dan lirik oleh M Nasir yang dimuatkan dalam album ketiga Wings, Teori Domino itu pernah mencetus kontroversi pada 1990 lalu kerana didakwa