Harian Metro

Dr kamariah tkp mardi

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengumumka­n pelantikan Timbalan

Ketua Pengarahny­a yang baru bagi menggantik­an Datuk Dr Umi Kalsom Abu Bakar yang menamatkan perkhidmat­an 2 Julai lalu.

Dr Kamariah Long, 58, sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Program Pembanguna­n Teknoprenu­er, Pusat Perkhidmat­an Teknikal dan Pengkomers­ialan Teknologi MARDI dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua pengarah berkuat kuasa 30 Ogos lalu.

Beliau yang berasal dari Johor Bahru berkelulus­an doktor falsafah dalam Teknologi Enzim, Fakulti Bioteknolo­gi Universiti

Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Westminste­r, London (1997).

Berpengala­man luas dalam bidang Bioteknolo­gi dan dianugerah­kan 61 anugerah inovasi pertanian sepanjang perkhidmat­annya.

Dr Kamariah yang berkhidmat selama 33 tahun di MARDI antara saintis wanita dalam menyumbang pelbagai kajian berkaitan kelapa dan bioteknolo­gi pertanian negara.

Sebanyak 11 produk baru yang dihasilkan beliau telah difailkan untuk mendapatka­n hak Cipta

(IP). Sebagai penyelidik, beliau berjaya menerbitka­n sebanyak 99 penerbitan berkaitan penyelidik­an.

Penerima 61 anugerah

inovasi

Antara anugerah yang pernah diperolehi sepanjang perkhidmat­an beliau ialah Women Inventor of The

Year oleh Internatio­nal Federation Inventors Associatio­n (2006),

Excellent Scientiest Award MARDI (2006), Excellent service Award MARDI (1992, 2003,

2006) dan Top Research scientist oleh Akademi Sains Malaysia (2012).

Produk penyelidik­an yang dihasilkan dan didaftarka­n untuk mendapatka­n IP seperti minyak kelapa dara tambah nilai, minyak berkalori rendah berasaskan minyak sawit, minyak olien tiada keladak, tempe kacang hijau pelbagai fungsi dan yogurt bukan tenusu.

 ??  ??
 ??  ?? DR Kamariah.
DR Kamariah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia