Harian Metro

Buntu bawa abang pulang

 Pembantu tadika perlu RM5,000

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Seorang wanita buntu menyediaka­n kos bagi membawa pulang abangnya, sepupu dan rakan nelayan mereka yang dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu.

Selain itu, Norhaslina Awi, 32, perlu menyediaka­n sejumlah wang sebagai kos membuka fail sebelum perbicaraa­n terhadap seorang lagi abangnya, Kamaruzman, 46, yang juga tekong bot.

“Saya buntu memikirkan kos membawa pulang mereka yang sangat mahal kerana dimaklumka­n perlu ke Singapura sebelum ke Pulau Tanjung Pinang, Indonesia dan perlu menaiki feri lagi ke tempat tahanan yang memakan masa 10 jam perjalanan.

“Kos untuk seorang RM800, saya perlu menyediaka­n wang yang banyak untuk membawa mereka balik,” katanya.

Abang Norhaslina, Roslin, 40, sepupunya, Mohammad Zamri A Rahman, 46, dan rakan mereka, Ariffin Kasim, 58, ditahan pihak berkuasa di kawasan perairan Riau pada 16 April lalu.

Kamaruzama­n dan Roslin dari Kampung Baru Kuala Abang manakala Mohammad Zamri dari Kampung Rhu Batil dan Ariffin pula Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, dikatakan keluar menangkap ikan dari Kuala Dungun pada 12 April.

Menurutnya, kos perlu disediakan­nya termasuk perbelanja­annya ke sana dianggarka­n RM5,000 dan jumlah itu besar kerana dengan pendapatan­nya sebagai pembantu tadika menyebabka­nnya tidak mampu menyediaka­n wang sebanyak itu.

“Saya memang tidak tahu boleh buat apa lagi kerana keluarga kami hanya bekerja nelayan dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Saya dan dua adik-beradik yang lain juga sudah banyak menggunaka­n wang sendiri sepanjang tempoh lima bulan mereka ditahan.

“Sudah lebih RM2,000 saya kirimkan wang untuk belanja makan minum mereka di sana, mana lagi saya mahu cari wang dengan jumlah banyak seperti itu,” katanya.

Menurutnya, dia meminta bantuan dengan menghubung­i beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini, tetapi tidak membuahkan hasil.

 ??  ?? NORHASLINA menunjukka­n laporan yang dibuat.
NORHASLINA menunjukka­n laporan yang dibuat.
 ??  ??
 ??  ?? ARIFFIN
ARIFFIN
 ??  ?? KAMARUZMAN
KAMARUZMAN
 ??  ?? MOHAMMAD Zamri
MOHAMMAD Zamri
 ??  ?? ROSLIN
ROSLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia