Harian Metro

Penipuan dalam talian meningkat 50 peratus

-

Seremban: Kes penipuan dalam talian di negeri ini semakin membimbang­kan apabila mencatatka­n peningkata­n kira-kira 50 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihak polis merekodkan sebanyak 225 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu, namun meningkat kepada 540 kes bagi tempoh sama, tahun ini.

Katanya, ia membabitka­n jumlah kerugian sebanyak RM4.32 juta manakala tahun lalu, hanya RM1.77 juta.

“Penipuan online (dalam talian) itu adalah menerusi pembelian secara atas talian, Parcel Scam, Macau Scam dan pinjaman wang yang tidak wujud.

“Kita mendapati sindiket terbabit menawarkan harga murah menerusi laman web terkemuka menyebabka­n ramai yang tertarik dan menjadi mangsa. Ada juga yang menggunaka­n taktik perkenalan di laman sosial dan menawarkan untuk menghantar barang sebelum memerangka­p mangsa membuat bayaran,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati sindiket terbabit didalangi warga asing dan rakyat tempatan.

“Sindiket itu menggunaka­n akaun bank pihak ketiga untuk mengaburi mangsa. Pemilik akaun terbabit pula akan mendapat komisyen daripada transaksi itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Noor Azam berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan terperinci mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan pemilik akaun juga boleh didakwa kerana bersubahat.

 ??  ?? NOOR Azam menunjukka­n individu diminta tampil bantu siasatan berhubung kes penipuan dalam talian.
NOOR Azam menunjukka­n individu diminta tampil bantu siasatan berhubung kes penipuan dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia