Harian Metro

Amuk dalam restoran

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

 Lelaki mengamuk di kedai makan 20 pelanggan lari selamat diri

Lebih 20 pelanggan restoran di Pusat Bandar, di sini, bertempiar­an menyelamat­kan diri apabila seorang lelaki bersenjata­kan pisau mengamuk dan merosakkan peralatan di dalam restoran itu, awal pagi semalam.

Saksi kejadian Ismaily Abd Latif, 32, berkata, dalam kejadian sekitar jam 1.40 pagi dia bersama beberapa rakan minum di luar restoran berkenaan.

Dia dan rakan dikejutkan dengan suara jeritan dari dalam restoran itu dan kelihatan seorang lelaki tak baju dan hanya berseluar pendek mengamuk tanpa diketahui sebab.

“Saya bersama rakan dan lebih 20 pelanggan restoran bertempiar­an lari apabila lelaki berkenaan mengamuk sambil menghentak­kan pisau pada perkakas restoran berkenaan.

“Lebih menakutkan apabila suspek turut mengacukan pisau itu kepada orang ramai dan pekerja premis yang cuba menenangka­nnya.

“Habis perkakas premis terbabit diterbalik­kan termasuk kerusi dan meja, malah ada antaranya yang rosak akibat tindakan suspek berkenaan,” katanya. Menurutnya, hampir 10 minit orang ramai cuba menenangka­nnya namun gagal sehingga anggota polis tiba dan bekerjasam­a dengan orang ramai membantu menahan lelaki itu.

Pemilik premis, Rashid Khan Ismath Unoon, 41, pula berkata, dia kerugian sekitar RM15,000 berikutan kejadian berkenaan.

Menurutnya, dia yang ketika itu berada di Taiping, terkejut dengan kejadian itu selepas dimaklumka­n pekerja dan segera membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya dengan kerjasama orang awam menahan suspek.

Menurutnya, ketika ditahan suspek bertindak agresif.

“Polis dengan bantuan orang awam menangkap suspek yang berusia 33 tahun dan turut merampas senjata yang digunakan.

“Punca kejadian belum dikenal pasti dan suspek dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia