Harian Metro

Redah banjir ke dewan peperiksaa­n

-

Beaufort: Meskipun kawasan rumah dilanda banjir, ia tidak mematahkan semangat 18 murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Lingkungan untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.

Murid berkenaan yang berasal dari Kampung Lingkungan terpaksa bangun seawal jam 6 pagi sebelum menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk ke sekolah bagi menduduki peperiksaa­n berkenaan.

Pegawai APM Beaufort Mohd Mayroof Koibil berkata, pihaknya melakukan inisiatif mengambil semua calon UPSR di kawasan terjejas dengan menggunaka­n aset milik APM.

“Ia bagi membolehka­n mereka tiba di sekolah sebelum jam 8.30 pagi untuk menduduki UPSR.

“Selain itu, kami turut membantu 16 guru yang turut terbabit dalam peperiksaa­n berkenaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Jalan Beaufort-Sipitang berhampira­n SK Lingkungan masih dinaiki air dan pemantauan rapat masih giat dijalankan.

“Untuk makluman, setakat ini dua kampung iaitu Kampung Lingkungan Laut dan Kampung Lingkungan Ulu terjejas akibat banjir berkenaan sejak pagi tadi (semalam).

“Bagaimanap­un, tiada sebarang pusat pemindahan dibuka setakat ini,” katanya.

Sementara itu, di daerah kecil Bongawan, Papar, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar terpaksa menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dan lori sawit bagi menghantar guru sekolah serta kertas soalan UPSR ke SK Sumbiling, Bongawan.

Ketua BBP Papar, Janil Jaya berkata, seramai 17 anggota daripada bomba, polis dan kakitangan estet Borneo Samudera terbabit dalam misi bantuan kecemasan itu memandangk­an laluan ke sekolah berkenaan dinaiki air.

Beliau berkata, paras air mencecah dua meter dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

“Bomba menerima panggilan pada jam 7.19 pagi berhubung situasi banjir itu sebelum sepasukan anggota daripada BBP Papar dan dibantu agensi kerajaan lain menghulurk­an bantuan.

“Kami terpaksa menggunaka­n laluan alternatif jalan pintas ladang sawit memandangk­an jalan utama dinaiki air. Kami terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda dan lori sawit.

“Jarak antara sekolah dengan laluan pintas itu pula sejauh 36 kilometer,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul dalam kenyataan berkata, lima sekolah di Beaufort iaitu SK Bukau, SK Maraba, SK Weston, SK Lubok dan SK Lingkungan terjejas selepas laluan memasuki sekolah berkenaan dinaiki air susulan banjir kilat.

“Ia membabitka­n seramai 692 murid dan 84 guru.

“Bagaimanap­un, tiada sebarang sekolah yang ditutup dan UPSR tetap berjalan dengan biasa hasil bantuan daripada agensi kerajaan lain,” katanya.

Kami terpaksa menggunaka­n laluan alternatif jalan pintas ladang sawit memandangk­an jalan utama dinaiki air”

Janil Jaya

 ??  ?? ANTARA murid tahun enam SK Lingkungan yang terjejas akibat banjir dibawa menggunaka­n bot APM Beaufort.
ANTARA murid tahun enam SK Lingkungan yang terjejas akibat banjir dibawa menggunaka­n bot APM Beaufort.
 ??  ?? ANGGOTA bomba Papar menggunaka­n lori untuk menghantar guru serta soalan peperiksaa­n UPSR ke SK Sumbiling Bongawan.
ANGGOTA bomba Papar menggunaka­n lori untuk menghantar guru serta soalan peperiksaa­n UPSR ke SK Sumbiling Bongawan.
 ??  ?? ANGGOTA APM menolak bot membawa calon UPSR.
ANGGOTA APM menolak bot membawa calon UPSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia