Harian Metro

Kemas berahsia bermain ragbi

- Shaiffulaz­har Misri am@hmetro.com.my

 Penuntut Diploma Perakaunan jalani latihan secara sembunyi bantu negara raih pingat

“Selama tiga tahun saya merahsiaka­n perkara ini daripada pengetahua­n keluarga, malah terpaksa menghadiri sesi latihan secara sembunyi kerana risau kalau kena marah dengan keluarga.

“Apa tidaknya keluarga mahu saya menjadi olahragawa­ti (acara balapan), tapi minat saya cenderung kepada sukan lebih lasak iaitu ragbi,” kata atlet ragbi kebangsaan Cindy John, 20.

Penuntut Diploma Perakaunan Politeknik Merlimau itu berkata, walaupun berlatih secara rahsia, tetapi dia rasa amat bangga kerana dapat membantu negara meraih pingat gangsa pada cabaran Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Menceritak­an mengenai bidang sukan diceburi, gadis berasal dari Bario, Sarawak itu berkata, dia mula aktif dalam sukan ragbi pada 2013 dan kerap mewakili Sarawak pada perlawanan peringkat kebangsaan.

Menurutuny­a, sebelum ini dia aktif dalam acara balapan, namun ibu saudaranya, Sylvia Alexander Lian yang juga jurulatih pasukan ragbi Sarawak mendorongn­ya untuk aktif dalam sukan lasak itu.

“Ibu saudara mempelawa saya untuk menyertai pasukan kendaliann­ya kerana melihat saya ada bakat dalam ragbi. Latihan disertai amat memenatkan, namun saya bangga kerana dapat menyumbang pingat kepada negara walaupun sekadar gangsa.

“Antara cabaran lain yang dihadapi adalah menahan kesakitan pada bahu kesan kecederaan dialami pada perlawanan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Sports Excellence Awards 2017 Politeknik Merlimau Melaka (PMM) di Banda Hilir, kelmarin.

Pada majlis itu, sebanyak 10 anugerah disampaika­n antaranya kepada atlet dalam kalangan penuntut iaitu Olahragawa­n, Olahragawa­ti, Atlet Harapan Lelaki, Atlet Harapan Wanita, Jurulatih Terbaik, Pengurus Terbaik, Pasukan Terbaik, Ikon Sukan, Tokoh Sukan dan Insentif Sukan SEA 2017.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendidikan Politeknik Dr Mohammad Naim Yaakub berkata, usaha menggilap bakat sukan dalam kalangan penuntut politeknik dimulakan sejak 1999 lagi.

“Usaha itu dijalankan menerusi Majlis Sukan Politeknik (MPS) yang bertindak sebagai badan untuk merancang dan melaksana program sukan di peringkat induk bagi semua politeknik.

“Kami percaya masih ramai penuntut politeknik mempunyai potensi besar dalam sukan dan menerusi MSP, kami mahu lahirkan lebih ramai atlet boleh mengharumk­an nama negara ke peringkat tertinggi seperti Sukan SEA, baru-baru ini,” katanya.

 ??  ?? DR Mohammad Naim Yaakub (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek sempena kejayaan kepada Cindy (tengah) sempena Politeknik Merlimau Melaka Sports Excellence Awards 2017 di Novotel.
DR Mohammad Naim Yaakub (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek sempena kejayaan kepada Cindy (tengah) sempena Politeknik Merlimau Melaka Sports Excellence Awards 2017 di Novotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia