Harian Metro

Usahawan kudung tak patah semangat

-

Kuala Lumpur: Walaupun kudung tangan kanan akibat terbabit kemalangan jalan raya 21 tahun lalu, Abdullah Kasdi, 39, tidak patah semangat sebaliknya cekal berdikari mengusahak­an perniagaan berasaskan kelapa di Kampung Rampangi, Santubong, Sarawak.

Semangat, kegigihan dan disiplin ditunjukka­n usahawan tani kurang upaya itu akhirnya mendapat perhatian Agrobank sehingga terpilih menerima Anugerah Agropreneu­r orang kurang upaya (OKU) 2017, sekali gus melayakkan­nya membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000.

Menurutnya, dia sekeluarga mengusahak­an perniagaan memproses kelapa untuk dijadikan santan selain beberapa produk seperti jeli, kerisik, minyak kelapa dara dan minyak kelapa urut.

Katanya, perniagaan itu bermula sejak 2000 yang diasaskan ibunya, Fatimah Sujang, 69.

“Pada 2006, barulah saya mendapatka­n pembiayaan Agrobank RM10,000.

“Lima tahun kemudian, saya mendapatka­n lagi pembiayaan sebanyak RM20,000 dan seterusnya RM30,000.

“Sekarang perniagaan semakin maju, dengan hasil jualan sekitar RM15,000 sebulan. Isteri saya, Siti Norazan Mohd Lorren, 38, turut membantu dalam kerja pembungkus­an bagi memasarkan­nya di sekitar Kuching,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2017, di sini, semalam.

Majlis anugerah itu disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Hadir sama, Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Kluang: Walaupun baru sebulan menyertai Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (SBKPS) kendalian Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), seorang pemandu teksi tetap menerima pampasan apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 57 Lebuhraya Utara-Selatan ketika menghantar penumpang ke Johor Bahru pada 30 Jun lalu.

Pengurus PERKESO Kluang Zainurin Zakaria berkata, akibat kemalangan itu, Mustakim Jalil, 56, mengalami kecederaan di tangan dan kaki kiri selain sakit di bahagian dalaman badan.

Katanya, mengikut kadar caruman yang dibuat, pemandu teksi berkenaan layak menerima pampasan sebanyak RM210 walaupun hanya sebulan mencarum dalam skim yang diperkenal­kan sejak 1 Jun lalu.

“Kadar pampasan yang diberikan tertakluk kepada jumlah caruman iaitu RM157.20 (paling rendah) dan RM592.80 (paling tinggi) setahun berdasarka­n jumlah pendapatan serta kemampuan pencarum.

“Melalui skim ini, setiap pencarum akan dilindungi jika terbabit dalam kemalangan ketika menjalanka­n tugas, dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja dan pada waktu kecemasan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an pampasan kepada Mustakim di Hentian Teksi Kluang, di sini, semalam.

Menurut Zainurin, melalui skim itu pihaknya menyediaka­n faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungga­nnya daripada kejadian luar jangka selain menyediaka­n rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional.

“Mereka yang berkelayak­an untuk mencarum dalam skim ini adalah pemandu teksi, teksi eksekutif, limosin, teksi lapangan terbang, kereta sewa dan perkhidmat­an lain termasuk Uber dan Grab Car,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Shabery (dua dari kanan) menyampaik­an anugerah kapada Abdullah (dua dari kiri) pada majlis Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2017 di Hotel Royale Chulan.
AHMAD Shabery (dua dari kanan) menyampaik­an anugerah kapada Abdullah (dua dari kiri) pada majlis Anugerah Agropreneu­r Agrobank 2017 di Hotel Royale Chulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia