Harian Metro

Hilang cuci baju

- Nur Saliawati Salberi nursaliwat­i @mediaprima.com.my

 Ibu resah anak tak pulang, telefon dimatikan

“Saya tak lena tidur kerana memikirkan anak disebabkan risau dengan keselamata­nnya. Kami memang tinggal berjauhan, tetapi kerap berhubung untuk bertanya khabar, tapi kali ini dia terus menghilang diri,” kata Rokiah Jawi, 63.

Rokiah berkata, dia begitu rungsing apabila anak bongsunya Suhana Zambri, 21, yang bekerja di sebuah kilang elektronik di Shah Alam, Selangor hilang tanpa berita sejak 2 September lalu.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat Suhana pada jam 1 tengah hari ketika wanita itu keluar untuk mencuci pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di tingkat bawah kediaman mereka di Pangsapuri Pandan Point, Lorong Pandan, di sini.

“Sebelum keluar Suhana ada meminta duit syiling kerana mahu basuh baju di pusat dobi layan diri berkenaan, tetapi saya memintanya menukar di kedai di tingkat bawah disebabkan tiada wang kecil.

“Tidak lama kemudian saya ke kedai di tingkat bawah untuk membeli air, namun berasa pelik kerana Suhana tiada di kedai dobi layan diri berkenaan dan lebih mencemaska­n dia gagal dihubungi kerana telefon bimbit sudah dimatikan,” katanya ketika ditemui di Banda Hilir, di sini, semalam.

Katanya, dia turut membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pada 4 September lalu selepas usaha mencarinya buntu dan orang ramai diminta menghubung­inya di talian 019-6958041 jika mempunyai maklumat.

 ??  ??
 ??  ?? ROKIAH menunjukka­n laporan polis dan gambar anak perempuann­ya, Suhana.
ROKIAH menunjukka­n laporan polis dan gambar anak perempuann­ya, Suhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia