Harian Metro

Rezeki sampah tengah laut

- Togi Marzuki am@hmetro.com.my

 Nelayan warga emas kutip buangan terapung kurangkan pencemaran

Seorang nelayan warga emas bukan saja turun ke laut untuk mencari rezeki harian, malah turut melakukan kerja amal dengan mengutip sampah bagi mengurangk­an pencemaran alam, sekali gus memastikan hidupan laut dapat membiak pada masa depan.

Md Said Ishak, 65, yang juga bapa tujuh anak dari Kampung Rimba Terjun, di sini, berkata, dia akan mencari hasil laut dan mengutip sampah terutama plastik yang terapung di sekitar perairan Pontian.

Katanya, sepanjang bergelar nelayan sejak lebih 50 tahun lalu, dia mendapati penduduk ketika ini lebih suka membuang sampah ke pantai dan sungai hingga mencemarka­n alam sekitar.

“Sebagai nelayan, sudah pasti saya mengharapk­an dapat menangkap ikan dengan banyak, namun apabila keadaan pantai tercemar, ia menyebabka­n hidupan laut berkuranga­n.

“Berikutan itu, saya mengambil keputusan mengutip sampah yang terapung dan membawa pulang ke darat sebelum dikitar semula,” katanya yang mempunyai 14 cucu.

Menurut Md Said, nelayan lain mempunyai pelbagai kemahiran seperti berniaga dan menanam sayur-sayuran di sekitar rumah, namun dia tidak mahir untuk melakukan perkara sama menyebabka­nnya mengambil keputusan untuk mengutip sampah.

“Alhamdulil­lah, isteri, Za- wiah Majid, 65, menyokong usaha saya ini dan sejak kebelakang­an ini sekiranya tangkapan tidak sebanyak dulu, saya masih boleh mengumpul barangan plastik yang dikutip di laut,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Mohd Taufik, 28, berkata, mengutip barangan plastik yang terapung bukan saja untuk menambah pendapatan, malah mengelak ia tersangkut pada jaring nelayan yang mencari hasil laut.

“Walaupun hasil laut tidak setimpal seperti diharapkan, namun kami sentiasa bersyukur dan pada masa sama berusaha menambah pendapatan dengan mengutip barangan plastik yang terapung di laut atau sungai,” katanya.

 ??  ?? MD Said (kiri) dan anaknya mengumpul plastik yang dikutip untuk dijual.
MD Said (kiri) dan anaknya mengumpul plastik yang dikutip untuk dijual.
 ??  ?? MD Said
MD Said

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia