Program bermalam di muzium masuk MBOR
Kuala Lumpur: Selepas 12 tahun penganjurannya, program Bermalam Di Muzium anjuran Jabatan Muzium Negara tahun ini dijalankan serentak di 32 muzium seluruh negara bakal dicatatkan dalam
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi berkata, ia akan dicatatkan sebagai penyertaan pelajar sekolah teramai bermalam di muzium bagi menyertai program pendidikan membabitkan 2,050 orang.
Menurut beliau, program dijadualkan pada 15 dan 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia bertujuan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar tingkatan satu hingga lima di 32 sekolah menengah seluruh negara.