Harian Metro

Pengeluara­n makanan meningkat 4% setahun

-

Pengeluara­n makanan negara disasarkan meningkat empat peratus setahun dengan jumlah keseluruha­n pada 2020 dijangka 11.2 juta tan metrik.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, jumlah pengeluara­n makanan negara pada 2010 hanya 7.6 juta tan metrik dan pertambaha­n itu bagi memenuhi jangkaan permintaan iaitu 14.8 juta tan metrik.

Justeru, kata Ismail, kerajaan kini memberi penekanan terhadap pembanguna­n sektor pertanian bagi meningkatk­an lagi pengeluara­n bekalan makanan tempatan.

“Ia ada kepentinga­n besar dan tahun lalu, sektor agro makanan menyumbang RM36.5 bilion atau 3.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pembanguna­n perancanga­n dan polisi sektor agro makanan di Malaysia berpanduka­n Polisi Agro Makanan Kebangsaan (2011-2020) yang antara lain memberi tumpuan kepada keselamata­n pengeluara­n makanan, membangunk­an industri yang kompetitif dan mampan serta meningkatk­an pendapatan pengusaha pertanian,” katanya ketika merasmikan bengkel teknikal khas, Regional Workshop On Protected Cultivatio­n of High-Value Crops under Changing Climate Conditions bagi menangani masalah ketidakten­tuan jaminan bekalan makanan akibat kesan perubahan iklim, di sini, semalam. Sepang: Pokok angsana yang menjadi ikonik Universiti Putra Malaysia (UPM) selain warna korporat dan nama institusi pendidikan tinggi itu menjadi hiasan pada satu daripada pesawat penerbanga­n tambang murah, AirAsia menerusi jalinan kerjasama kedua-dua pihak.

Reka bentuk dipaparkan pada pesawat Airbus 320 bernombor 9MAQD kelihatan di ruang udara pada 2 Ogos lalu yang dihasilkan Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir, pensyarah kanan Jabatan Rekabentuk Perindustr­ian Shahrul Azman Shahbudin dan pereka FRSB Arizy Valentino Ramu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, idea UPM mengemukak­an reka bentuk berkenaan tercetus daripada perbincang­an pegawai pengurusan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia