Harian Metro

Perlu keluar arahan bertulis

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Mahkamah Sesyen di sini, semalam diberitahu bahawa arahan bertulis perlu dikeluarka­n bagi setiap pembayaran untuk program anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) namun ia bukan hanya daripada seorang individu saja.

Pengarah Bahagian Korporat dan Antarabang­sa Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub, 53, berkata, antara individu yang boleh mengeluark­an arahan itu adalah Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Katanya, semua bayaran itu perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Saksi ke-27 itu berkata demikian pada perbicaraa­n salah guna kedudukan dan mengemukak­an tuntutan palsu berjumlah RM38.4 juta oleh bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS Otman Arsahd, 58.

Abdul Rashid ketika kejadian bertugas sebagai Pengarah

 Menteri Belia dan Sukan antara individu boleh beri izin pembayaran

Bahagian Kewangan MSN.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amir Nasruddin manakala Otman diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Otman dibicaraka­n selepas mengaku tidak bersalah terhadap 32 pertuduhan menyalahgu­na kedudukan dan membuat tuntutan palsu bernilai RM38.4 juta di pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, dekat sini, antara 2 Mei 2012 hingga 18 November 2015.

Kedua-dua seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Otman turut didakwa bersama ahli perniagaan Siti Rohanah Hussien, 43, dan suaminya Abdul Gafar Abdurahima­n, 43, atas 190 pertuduhan membabitka­n aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM16.63 juta, empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia