Harian Metro

Muflis culas bayar cukai

 Satu syarikat, enam individu terima padah diheret LHDN ke mahkamah

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Tujuh pembayar cukai yang terdiri daripada satu syarikat dan enam individu diisytihar­kan bankrap kerana gagal menjelaska­n cukai tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang keseluruha­nnya berjumlah lebih RM590,000.

Institusi pengajian swasta, Winfield Academy Sdn Bhd diisytihar­kan muflis selepas gagal menjelaska­n cukai tertunggak berjumlah lebih RM170,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumka­n, syarikat itu gagal membayar cukai tertunggak untuk taksiran 2010 dan 2011 serta berjanji kepada mahkamah untuk menyelesai­kan segala tunggakan itu secara keseluruha­n dan atas dasar memelihara kepentinga­n pelajar di kolej itu, namun gagal berbuat demikian.

“Selain itu, enam individu yang diisytihar­kan muflis adalah Jamal Abdul Hakim Ismail yang gagal membayar cukai tertunggak untuk tahun taksiran 2004, 2005 dan 2006 berjumlah lebih RM140,000.

“Bukan saja itu, pengusaha penyedia makanan, Zirwatul Amal Ahmad dihukum bankrap atas kegagalan menjelaska­n cukai tertunggak kepada LHDN bagi tempoh tiga tahun bermula 2004 berjumlah RM102,571,” katanya.

Dalam kenyataan sama, seorang ahli perniagaan dalam bidang cat dan hiasan, Law Tien Wah turut dikenakan tindakan sama selepas gagal membayar cukai RM31,508 bagi tempoh tiga tahun manakala Chin Kooi Hin pula berjumlah RM58,929.

“Dua pembayar cukai dikenakan tindakan sama selepas gagal menjelaska­n tunggakan cukai bagi lima tahun taksiran iaitu Lee Kim Foh berjumlah RM33,381 manakala Tan Cheng Lai pula sebanyak RM53,569,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia