Harian Metro

Sasar jualan 400 unit Peugeot 3008

-

Nasim Sdn Bhd (Nasim) pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia menyasarka­n jualan 400 unit untuk model serba baru Peugeot 3008 tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Nasim Yasser Awan berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mendapat pengiktira­fan Kenderaan Tahunan Eropah 2017 ketika Pameran Motor Geneva bakal menyumbang 22 peratus daripada sasaran keseluruha­n jenama Peugeot sebanyak 1,800 unit.

“Setakat ini, kami menerima tempahan 200 unit dan golongan sasaran jualan untuk SUV moden dalam kelasnya ialah mereka yang berusia 30 hingga 45 tahun yang mahukan rekaan menarik, ciri premium dan keselamata­n terbaik pada kenderaan,” katanya pada majlis pelancaran Peugeot 3008, di sini, semalam.

Model itu didatangka­n dalam dua varian Active dan

Allure dijana enjin 1,598 cc

Twin Scroll Turbo High Pressure

(THP) Pemasaan Injap Boleh Ubah (VVT) dengan Suntikan Petrol Terus yang mampu menjana kuasa kuda 167 PS pada 6,000 rpm dan 240 Nm daripada 1,400 rpm.

Rekaan luaran dengan lampu hadapan LED penuh, gril hadapan dengan elem krom serta lampu belakang LED 3D Claw Effect dan dipadankan dengan rim bersaiz 18 inci tampil sporty dan elegan.

Untuk ruang dalaman, ia menampilka­n ciri Peugeot i-Cockpit dengan paparan

Head-up Digital (HUD) bersaiz 12.3 inci bagi pemandu, skrin sesentuh pelbagai fungsi 8 inci untuk ketersambu­ngan multimedia, sistem kawalan gear Electric

Impulse, roda stereng kompak dan suis fungsi gaya piano termaju dalam pesaingnya.

Sistem keselamata­n Peugeot 3008 adalah antara yang terbaik menerusi penarafan lima bintang untuk Program Pemeriksaa­n Kenderaan Baru Eropah (NCAP Euro) yang dibina dengan struktur kerangka teguh, sistem pengesan had kelajuan dan amaran tumpuan pemandu.

Lima warna ditawarkan iaitu Metalik Cooper, Biru

Magnetic, Kelabu Amazonite, Merah Ultimate dan Putih Pearl dijual pada harga daripada RM142,888 untuk varian Active dan RM155,888

(Allure) dengan lima tahun waranti atau 120,000 kilometer. Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti perlu menunggu lebih lama berhubung hasil siasatan dalaman membabitka­n dirinya.

Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, pihak Lembaga Pengarah dalam peringkat penelitian akhir dan membuat keputusan.

Beliau berkata, Lembaga Pengarah perlu memastikan proses berkaitan dilaksanak­an teratur sebelum mencapai keputusan muktamad.

Ditanya mengenai kemungkina­n Zakaria kembali kepada FGV, Azhar berkata: ‘Tidak adil untuk saya mengulas perkara itu sekarang.’

 ??  ?? YASSER (kanan) bersama Pengurus Besar Operasi Asia Tenggara PSA
Groupe, Lionel Faugeres pada majlis pelancaran Peugeot 3008,
semalam.
YASSER (kanan) bersama Pengurus Besar Operasi Asia Tenggara PSA Groupe, Lionel Faugeres pada majlis pelancaran Peugeot 3008, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia