Harian Metro

Beli ladang di Melbourne

-

 Farm Fresh dijangka mampu dapatkan sehingga 27,000 liter susu lembu segar sehari

Menurutnya, ladang berkenaan dibeli pada harga RM40 juta dan kilang yang akan dibina membabitka­n kos sekitar RM20 juta manakala ladangnya mampu menempatka­n 2,000 lembu dengan anggaran setiap lembu mampu menghasilk­an sehingga 10 liter susu sehari.

“Semua susu yang dihasilkan akan diproses di kilang berkenaan sebelum dibawa semula ke Malaysia untuk dijadikan pelbagai produk termasuk susu berperisa dan keju,” katanya.

Azmi berkata, selain kilang di Melbourne, pihaknya juga mengendali­kan kilang pemprosesa­n di Muadzam Shah, Pahang dengan 2,600 lembu sedia ada.

“Daripada jumlah berkenaan, 800 lembu berkeupaya­an untuk menghasilk­an susu dan anggaran susu yang boleh diproses mencecah 15,000 liter sehari.

“Malah, kami juga akan membuka kilang baru di sini yang akan beroperasi pada bulan depan yang akan memproses hasil tenusu daripada penternak setempat mengikut program Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),” katanya. TPM Biotech Sdn Bhd menyasarka­n untuk merekodkan 30 peratus pertumbuha­n perniagaan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang melalui program capaian domestik dan serantau yang lebih giat.

Ketua TPM Biotech, Ema Ukhtiah Zakaria berkata, dengan melaksanak­an pendekatan lebih giat untuk mencapai peringkat domestik dan rantau, ia membolehka­n syarikat mewujudkan kesedaran lebih tinggi serta memacu pertumbuha­n usahawan dalam sektor bioteknolo­gi.

“Unjuran bagi produk bioteknolo­gi berasaskan herba terus kukuh di pasaran tempatan dan dunia. Oleh itu, atas faktor ini, kami mahu memperkuku­h dan mengekalka­n kedudukan kami dalam pasaran melalui promosi rangkaian produk Herbs Gardens kami di BioMalaysi­a 2017.

“Kami yakin pameran ini memberi peluang untuk mencapai sasaran audien domestik dan rantau yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

TPM Biotech menyertai Pameran BioMalaysi­a & Bioekonomi Asia Pasifik 2017 (BioMalaysi­a 2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini mulai 11 hingga 13 September dengan mengetenga­hkan produk berasaskan herba daripada jenama utamanya iaitu Herbs Garden Garcinia Plus, Herbs Garden Peria dan Herbs Garden Smilax Plus.

 ??  ?? AZMI (kiri) memeriksa produk tenusu keluaran syarikatny­a ketika membuat lawatan ke gudang sejuk beku sebelum diedarkan kepada penjual di seluruh negara.
AZMI (kiri) memeriksa produk tenusu keluaran syarikatny­a ketika membuat lawatan ke gudang sejuk beku sebelum diedarkan kepada penjual di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia