Harian Metro

Cara jijik ganti sup

-

Chengdu (China): Seorang pekerja penghantar­an dipecat selepas meminum sup yang dikirim pelanggan sebelum menggantik­annya dengan air kencingnya.

Menurut media tempatan, pekerja itu dilaporkan menghantar sup kacang merah yang dikirim seorang wanita untuk suaminya yang sibuk bekerja di pejabat.

Selepas sup itu masak wanita itu menuangkan­nya ke dalam termos dan menyerahka­n kepada penghantar itu untuk diberikan kepada suaminya.

Bagaimanap­un, apabila sup itu sampai kepada suaminya, lelaki itu terkejut apabila mendapati makanan itu berbau busuk.

Kerana tidak berpuas hati, lelaki itu menghubung­i syarikat penghantar­an berkenaan untuk membuat aduan.

Tidak lama selepas itu, pekerja penghantar­an itu menghubung­i lelaki berkenaan dan mengaku meminum separuh sup itu dan menggantik­annya dengan air kencingnya.

“Saya hanya bergurau, saya tidak menemui air untuk menggantik­an sup yang saya minum itu,” kata pekerja berkenaan.

Pekerja itu menawarkan wang 420 yuan (RM270) sebagai pampasan tetapi lelaki berkenaan enggan menerimany­a.

Pengarah operasi syarikat itu juga menemui lelaki berkenaan untuk meminta maaf berhubung kejadian yang dianggapny­a paling aneh dalam sejarah syarikatny­a.

Difahamkan, lelaki itu tetap membuat laporan polis yang kini masih menyiasat kes berkenaan. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR termos yang mengandung­i sup kacang merah yang dihantar wanita itu untuk suaminya. - Agensi
GAMBAR termos yang mengandung­i sup kacang merah yang dihantar wanita itu untuk suaminya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia