Harian Metro

Ribut Maring landa Manila

 3 maut, enam hilang akibat tanah runtuh, banjir besar di Filipina

-

Tiga maut dan enam hilang selepas ribut besar yang membawa hujan lebat mencetuska­n banjir serta tanah runtuh di kawasan sekitar Manila semalam, menyebabka­n sekolah, pejabat kerajaan dan premis perniagaan ditutup.

Kebanyakan mangsa yang mati dan hilang itu adalah penduduk miskin yang tinggal di zon bahaya walaupun kerajaan mengeluark­an arahan berpindah.

Hujan lebat mencetuska­n tanah runtuh di timur Manila yang menyebabka­n dua beradik mati ditimbus.

“Pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran bahawa kediaman mereka berisiko dilanda tanah runtuh tetapi mereka tetap enggan berpindah,” kata pegawai pertahanan awam, Ronnie Mateo.

Seorang gadis berusia 12 tahun pula lemas selepas air sungai melimpahi tebing di pinggir Manila.

Jabatan kaji cuaca berkata, ribut yang dinamakan Maring itu melanda timur bandar Muaban sebelum bergerak melintasi pulau Luzon dan melintasi tepi Manila.

Di Calamba City, selatan Manila, enam sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia dua tahun hilang selepas pondok mereka di tebing sungai dihanyutka­n banjir.

Maring dengan kekuatan angin 100 kilometer sejam bergerak pada kelajuan 15 kilometer sejam yang menyebabka­n banjir menjadi lebih buruk.

“Kerana ribut ini bergerak perlahan, ia membawa lebih banyak hujan,” kata seorang pegawai kaji cuaca, Renito Paciente.

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Penguranga­n Risiko Bencana Kebangsaan, Mark Timbal memberitah­u, pihak berkuasa mengeluark­an arahan berpindah kepada penduduk di kawasan rendah dan berisiko dilanda tanah

runtuh. Bagaimanap­un, dia tidak dapat memberitah­u jumlah keseluruha­n penduduk yang berpindah akibat bencana itu.

Pulau di Filipina sering dilanda taufan besar dijana daripada perubahan tekanan udara di Kepulauan Pasifik yang sering menyebabka­n kemusnahan besar dan kematian.

 ??  ?? SEKUMPULAN kanak-kanak bermain di jalan raya yang
dinaiki air akibat ribut di Manila semalam. - AFP
SEKUMPULAN kanak-kanak bermain di jalan raya yang dinaiki air akibat ribut di Manila semalam. - AFP
 ??  ?? PENDUDUK yang terperangk­ap menggunaka­n jentolak untuk melintasi sungai yang melimpah di Bacoor di wilayah Cavite semalam. - EPA
PENDUDUK yang terperangk­ap menggunaka­n jentolak untuk melintasi sungai yang melimpah di Bacoor di wilayah Cavite semalam. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia