Harian Metro

Pasukan goalball wanita tak mahu dianggap penumpang

-

Kuala Lumpur: Pasukan goalball wanita tidak mahu dianggap sebagai penumpang dan berhasrat menjadi sebahagian daripada penyumbang pingat buat Malaysia di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, minggu ini.

Ditubuhkan pada tahun ini dan beraksi buat pertama kali di temasya rantau Asia Tenggara bukan bermakna Malaysia tidak mampu bersaing sebaliknya pengurusan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Apapun, dalam acara itu, Thailand adalah kuasa besar apabila memenangi emas di Singapura 2015 untuk kategori lelaki dan wanita namun bagi atlet negara, Siti Hajar Hasan, dia dan semua rakan sepasukan sedia memberikan yang terbaik.

“Saya harap dengan kelebihan Malaysia selaku tuan rumah akan membuahkan hasil.

“Kami sudah memulakan latihan sejak Jun lalu dan mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan lelaki senior, mendapat ilmu daripada mereka yang menjalani latihan di China sebelum ini,” kata Siti Hajar pada sidang media Program Kita Juara 2017 untuk Sukan Para Asean di Hotel Seri Pacific, semalam.

Mengulas lanjut, Siti Hajar yang dilahirkan di Pokok Sena, Kedah dan dibesarkan di Kuala Lumpur menjelaska­n secara peribadi dia dan rakan sepasukan mahu menjadi penyumbang pingat emas.

Atlet berusia 28 tahun itu mendedahka­n sekiranya pingat emas berjaya dimenangi pasukan goalball wanita, Majlis Sukan Negara (MSN) akan meletakkan mereka di dalam program latihan sepenuh masa selepas ini.

Malaysia diwakili 12 atlet iaitu enam wanita dan lelaki untuk beraksi di Pusat Pameran Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MiTEC).

Goalball adalah sukan berpasukan yang memerlukan atlet memakai pelindung mata dan pemain perlu mendengar bunyi loceng untuk memastikan kedudukan serta pergerakan bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia