Harian Metro

MPKB-BRI ketepi pencabar

- Hazira Ahmad Zaidi sukan@hmetro.com.my

Bharu: Penyertaan pertama Kelab Tenis Majlis Perbandara­n Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dalam Kejohanan Tenis Berpasukan JKR Kelantan dianggap cukup berbaloi apabila muncul juara selepas mengalahka­n 12 kelab lain di Gelanggang Tenis Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu, baru-baru ini.

Pengurus, Afzan Zakaria, 42, berkata, pihaknya tidak menetapkan apa-apa sasaran memandangk­an ia adalah penyertaan pertama namun bertuah apabila laluan di peringkat kumpulan boleh dikatakan mudah.

“Tekanan mula dirasai apabila di pusingan akhir, kami perlu menentang JKR yang juga pasukan hebat dan menampilka­n aksi bertenaga sejak pusingan awal lagi.

“Sudah menjadi adat perlawanan, ada menang dan kalah. Selepas berhempas pulas, akhirnya kemenangan berpihak kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah yang disempurna­kan Ketua UMNO Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman. Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP), Yahaya Mamat.

Kemenangan itu melayakkan kelab berkenaan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala manakala JKR yang menduduki tempat kedua menerima wang tunai RM2,000 dan piala sambil tempat ketiga dan keempat disandang JKR B dan Kelab Tenis Tumpat yang masing-masing memenangi wang tunai RM1,000.

Mengulas lanjut, Afzan berkata, persiapan menyertai kejohanan itu dibuat sejak sebulan sebelum pertanding­an.

 ??  ?? ZALUZI (tengah) bergambar bersama pemain MPKB-BRI.
ZALUZI (tengah) bergambar bersama pemain MPKB-BRI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia