Harian Metro

REAL SYOK KIRA DUIT

- AFP

 Juara Eropah raih RM377 juta hasil jualan tiga bintang pasukan

Madrid

Keyakinan Real Madrid melakar satu lagi sejarah Liga Juara-Juara tidak terjejas ketika pasukan lain berbelanja besar cuba untuk mengejar mereka manakala juara Eropah berturut-turut itu lebih gembira mengumpul wang.

Real membuat keuntungan lebih 75 juta euro (RM377 juta) dalam pasaran perpindaha­n berikutan penjualan Alvaro Morata, James Rodriguez dan Danilo.

Namun, mereka tetap pasukan yang perlu dikalahkan ketika Liga Juara-Juara musim baru selepas menamatkan penantian hampir tiga dekad bagi muncul pasukan pertama mengekalka­n kejuaraan.

Madrid menangani cabaran itu dengan bergaya musim lalu, menyingkir­kan Bayern Munich, Atletico Madrid dan Juventus pada peringkat kalah mati.

Cubaan mereka muncul pasukan pertama sejak Bayern pada pertengaha­n 1970-an menang tiga kali berturut-turut bermula dengan ujian agak mudah menentang APOEL Nicosia di Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

Perlawanan lebih sukar menanti dengan kehadiran Borussia Dortmund dan Tottenham Hotspur dalam Kumpulan H.

Di sebalik permulaan hambar dalam kempen La Liga, Zinedine Zidane kelihatan bersedia menempuh musim yang panjang kali ini.

Pengendali dari Perancis itu merehatkan ramai pemain tonggak termasuk Luka Modric, Isco dan Gareth Bale sekembalin­ya mereka daripada tugasan antarabang­sa dan seri 1-1 menentang Levante, Sabtu lalu.

“Saya tidak akan merevolusi­kan apa yang saya mahu lakukan terhadap pasukan ini kerana hanya satu perlawanan buruk,” tegas Zidane.

Real menerima rangsangan bagi pertemuan dengan juara Cyprus itu dengan kembalinya Cristiano Ronaldo.

Ketiadaan Pemain Terbaik Dunia itu berikutan penggantun­gan lima aksi domestik selepas menolak pengadil mendedahka­n kekurangan dalam skuad Real yang tidak mempunyai sokongan buat Karim Benzema.

Ronaldo menjaringk­an 10 gol dari suku akhir musim lalu ketika polisi penggilira­n Zidane membantuny­a lebih segar dan bebas daripada kecederaan berbanding tahun sebelumnya.

Dengan Ronaldo yang cergas hadir pada peringkat kalah mati, Real kekal pasukan yang perlu ditewaskan ketika kelab lain cuba menamatkan penguasaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia