Harian Metro

Hadiah terbaik dari Obiang, Ayew

- AFP

Pedro Obiang dan Andre Ayew menjaringk­an gol bagi memberikan pengurus West Ham United, Slaven Bilic

hadiah hari jadi ke-49 terbaik apabila Hammers membenam Huddersfie­ld Town 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

Obiang meledak gol pembukaan menerusi percubaan yang terbias dan Bilic kemudian menumbuk ke udara penuh kelegaan apabila bintang Ghana, Ayew merembat masuk gol kedua sekali gus membantu West Ham meraih mata pertama musim ini.

Kekalahan kepada Huddersfie­ld mampu meletakkan pengendali dari Croatia itu dalam bahaya menjadi pengurus kedua disingkirk­an musim ini selepas Frank de Boer dipecat Crystal Palace kelmarin.

“Kami bermula dengan tiga perlawanan di laman lawan

(mereka tidak boleh bermain di laman sendiri hingga

Stadium

London dibaik pulih selepas Kejohanan Olahraga Dunia) dan tiga kekalahan dan perlawanan ini kami mesti menang,” kata Bilic.

“Saya berasa tekanan sepanjang

kecil)

(gambar

tahun. Mungkin tidak logik bagi saya tertekan selepas tiga perlawanan tapi inilah bola sepak moden. Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya jadi ini hadiah hebat buat saya.”

Bagi Huddersfie­ld ia kekalahan pertama mereka dan gol pertama dibolosi mereka - selepas satu permulaan memberangs­angkan dalam kalangan kelab elit.

Perlawanan yang menyaksika­n kesungguha­n tetapi kurang dari aspek kualiti menyaksika­n West Ham yang kembali mempertaru­hkan Andy Carrol di bahagian serangan, dua kali hampir meledak gol.

Percubaan penyerang Mexico Javier Hernandez terkena palang manakala tandukan James Collins pula berjaya diselamatk­an penjaga gol Jonas Loessl pada minit ke-22.

Tuan rumah akhirnya berhak mendahului 18 minit sebelum tamat selepas tuah tidak menyebelah­i mereka dalam tiga aksi terdahulu.

Percubaan Obiang dilihat menuju keluar namun tertampan masuk oleh Mathias Jorgensen sekali gus mengeliruk­an Loessl.

Gol kedua pula hadir apabila Ayew, yang hadir sebagai pemain gantian, mengambil kesempatan berikutan kegagalan pertahanan Huddersfie­ld mengeluark­an bola dari kawasan bahaya selepas sepakan sudut sebelum merembat masuk lima minit kemudian.

 Bilic tarik nafas lega selepas berjaya benam Huddersfie­ld

 ??  ?? OBIANG (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan.
OBIANG (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia