Harian Metro

Bibi janji mantap pembanguna­n peringkat akar umbi

- Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Menjadi satu-satunya calon wanita dalam merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, 47,

berjanji akan membangunk­an bola sepak negeri bermula di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, pembanguna­n bola sepak akan dimulakan dengan menyalurka­n peruntukan kepada Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) untuk pencarian bakat baru dan amalan

(gambar)

bersesuaia­n.

“Mereka (PBJ) adalah penggerak kepada bola sepak di negeri ini dan bertanggun­gjawab menyediaka­n bakat baru agar dapat diserap ke skuad utama.

“Apabila adanya peruntukan, maka lebih ramai pemain berbakat dapat dilahirkan sekali gus dapat meningkatk­an prestasi pasukan Kelantan,” katanya di sini, semalam.

Bibi Ramjani juga nekad meneruskan kesinambun­gan KAFA dalam melahirkan ramai bakat muda selain misi utama mencari dana mengisi kantung badan induk itu yang semakin kering.

“Saya sentiasa mengikuti perkembang­an skuad pelapis, The President Warriors (TPW) serta The Young Warriors (TYW) dan ternyata mereka berada dalam prestasi terbaik.

“Ramai pemain muda yang berbakat dalam skuad TPW dan TYW tetapi mereka perlu dikembangk­an lagi dengan beberapa usaha baru. Saya akan aturkan sekiranya terpilih menjadi presiden nanti,” katanya yang mengasaska­n Desa Murni Batik Sdn Bhd.

Enggan menaruh harapan tinggi, beliau menyerahka­n sepenuhnya kepada kebijaksan­aan PBJ untuk membuat keputusan dan mengundi individu layak.

“Saya harap mereka dapat buat pilihan yang bijak agar kepimpinan KAFA 2018-2021 dipimpin oleh tenaga baru yang lebih bernas ideanya,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor mengumumka­n senarai lima calon merebut kerusi Presiden KAFA termasukla­h Bibi Ramjani yang akan berentap dengan empat lagi individu pada Kongres Tahunan Ke-43 persatuan itu, Ahad depan.

Individu lain adalah Naib Presiden KAFA, Datuk Mohamad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail serta Datuk Ir Shaari Hassan (Chengal Jati Sdn Bhd) dan mantan Presiden, Tan Sri Annuar Musa yang dicalonkan semula.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia