Harian Metro

KOMPLOT ROMPAKAN KELUARGA MALANG

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Walaupun Logan Lucky berlatarka­n litar lumba, filem arahan Steven Soderbergh ini bukan mengisahka­n perlumbaan kereta.

Sebaliknya, ia mengetenga­hkan perancanga­n sebuah keluarga merompak wang perlumbaan legenda Coca-Cola 600.

Rompakan itu dilakukan tiga beradik Logan iaitu Jimmy, Clyde dan Mellie dengan bantuan banduan digelar Joe Bang bagi mengubah nasib malang keluarga mereka.

Channing Tatum yang melakonkan watak Jimmy berkata, peluang berlakon dalam filem arahan Soderbergh sukar ditolak kerana pernah bekerjasam­a dengan karyawan itu dalam filem Magic Mike XXL pada 2012.

“Ketika itu, Soderbergh memberitah­u dia mempunyai skrip mengisahka­n rompakan kenderaan NASCAR. Saya ketawa apabila diberitahu rompakan itu dirancang sekumpulan penjenayah tidak profesiona­l.

“Tambahan pula ‘mangsa’ rompakan adalah organisasi besar. Tetapi saya suka jalan cerita seperti ini dan karakterny­a.

“Sebenarnya saya memang ingin bekerjasam­a semula dengan Soderbergh kerana menyukainy­a selain dia pengarah hebat kerana semua karyanya menampilka­n kelainan,” katanya.

Menurut pelakon itu, sebagai persediaan untuk menghayati wataknya, dia menonton dokumentar­i The Wild and Wonderful Whites of West Virginia yang juga dicadangka­n penulis layar Rebecca Blunt.

“Selain itu, saya juga minum banyak arak dan makan piza untuk menaikkan berat badan. Saya melakukann­ya atas inisiatif sendiri,” katanya.

Adam Driver pula ketika mengambark­an wataknya, Clyde berkata, lelaki itu adalah pemikir dalam keluarga Logan dan sangat menyanjung­i abangnya.

“Walaupun tindakanny­a lambat, dia mampu menganalis­is situasi dari pelbagai sudut berbeza. Clyde seolah-olah menjadi penjaga kepada adikberadi­knya,” katanya.

Menurut bintang Star Wars: The Force Awakens itu, ketika mengadakan sesi perbincang­an, Soderbergh mahukan dia menumpu dalam menyempurn­akan gaya percakapan Clyde.

“Kami kurang fokus terhadap watak dan pengarah mahu saya menguasai kemahiran bertutur seperti penduduk West Virginia. Ketika itu, ada dua individu terlintas dalam fikiran saya sebagai sumber rujukan iaitu pelakon Sam Elliot dan bapa saudara saya, Kenny.

“Jadi, karakter Clyde adalah gabungan Sam dan sebahagian besarnya daripada bapa saudara saya,” katanya.

Menurut Driver, dia

Filem Logan Lucky papar perancanga­n merompak

wang perlumbaan dengan bantuan banduan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CRAIG (kanan) sebagai banduan digelar Joe Bang.
CRAIG (kanan) sebagai banduan digelar Joe Bang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia