MEER
memulakan perbualan dengan kenalan baru dari negara lain kerana kurang pasti perlu bertutur dalam bahasa apa dengan mereka.
“Selain itu, budaya mereka berbeza dan saya risau jika kehadiran tidak diterima.
“Namun, ketika menyertai pertandingan mereka melayan saya dengan baik dan mesra,” katanya.
Kali pertama menjejak kaki ke China, dia berpeluang berkunjung ke beberapa destinasi perlancongan menarik termasuk Tembok Besar China.
“Saya sempat membuat persembahan di jalanan dan mendapati penduduk di sana sukakan hiburan.
“Sebenarnya rakyat China kagum melihat orang asing dapat bertutur dalam bahasa mereka.
“Malah, sewaktu melawat Tembok Besar China bersama peserta lain, ramai datang mengambil gambar dan melayan kami dengan baik,” katanya yang sentiasa meletakkan pelajaran sebagai keutamaan.