Harian Metro

Salam perkenalan daripada Meer

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tampil dengan lagu Tetap Setia bersama Maisarah Ukulele sebelum rakam single solo sulung

Selepas berpisah dengan kumpulan Votez, Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kini bergerak solo dan sudah mempunyai beberapa perancanga­n baru untuk karier nyanyianny­a.

Malah, penyertaan­nya dalam pertanding­an Chinese Bridge ke16 di Changsha, China, Ogos lalu menguatkan semangat anak muda ini untuk menyertai program realiti nyanyian di negara itu.

“Saya kini bernaung di bawah pengurusan baru iaitu On Muse dan mereka akan membantu saya merealisas­ikan impian menyertai program realiti di China.

“Buat masa sekarang, saya belum fikir program realiti mana yang mahu disertai,” katanya ketika bertandang ke Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekembali daripada pertanding­an Chinese Bridge, penyanyi berusia 22 tahun itu memperkena­lkan lagu baru berjudul Tetap Setia.

“Saya berduet dengan Maisarah Ukulele. Lagu ini adalah salam perkenalan sebelum tampil dengan single solo sulung dalam masa terdekat,” katanya yang fasih bertutur bahasa Mandarin.

Bukan itu saja, pengalaman menyertai pertanding­an Chinese Bridge meyakinkan pelajar

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi MARA

(UiTM) Puncak Alam ini untuk menghasilk­an lagu dalam bahasa Mandarin.

“Saya perlu memilih lagu dan komposer sesuai kerana merancang mempertaru­hkannya di China.

“Semua ini masih dalam perancanga­n termasuk mengeluark­an album mini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia