Harian Metro

Ungu datang lagi

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Konsert Terunggul Afgan & Ungu di Stadium Malawati 6 Oktober

Dua dekad mengabdika­n diri dalam gelanggang seni, kumpulan yang terkenal dengan lagu Tercipta Untukku masih kekal utuh.

Namun begitu, kumpulan yang dianggotai Pasha selaku vokalis, Makki (bass), Enda (gitar), Onci (gitar) dan Rowman (dram) itu mengakui mereka semakin jarang beraksi di atas pentas.

Bukan kerana tiada tawaran, sebaliknya kerana rutin padat Pasha yang menceburi dunia politik. Sejak awal tahun lalu, Pasha menggalas tugas sebagai wakil rakyat Kota Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Menurut Makki, sudah tiba masanya kumpulan Ungu memperlaha­nkan kerjaya seni bagi memberi laluan kepada setiap anggota menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan.

“Jika dulu hampir setiap minggu kami ada konsert besar kini kami nekad memperlaha­nkan langkah.

“Kumpulan Ungu masih wujud dan tidak pernah bubar. Buat masa ini, kami hanya menjayakan persembaha­n selepas waktu pejabat mengikut jadual Pasha.

“Masing-masing memahami komitmen Pasha. Kami sudah sepakat dan tiada isu berbangkit. Kami juga bersetuju tidak akan mengadakan persembaha­n tanpa salah seorang anggota Ungu.

“Ini bermakna tidak akan ada orang lain yang akan menggantik­an posisi Pasha sekiranya diundang membuat persembaha­n,” katanya.

Kali terakhir kumpulan yang juga popular dengan lagu Bila Tiba itu membuat persembaha­n di Malaysia adalah Februari lalu. Kini Ungu kembali dengan sebuah konsert bersama penyanyi Afgan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu itu bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 6 Oktober nanti.

Bercerita lanjut mengenai konsert berkenaan, Enda berkata, kemungkina­n besar kumpulan Ungu akan mempersemb­ahkan single terbaru berjudul Setengah Gila yang belum dilancarka­n di Malaysia.

“Diharap peminat suka dengan lagu baru ini dan terus menyokong kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia