Harian Metro

Pembabitan hampir 100 artis

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Program KL Xtravaganz­a siri ketiga strategik

kerana berhampira­n

kawasan penduduk

Kejayaan program KL Xtravaganz­a siri satu dan dua membawa kepada penganjura­n kali ketiga yang bakal berlangsun­g 16 September ini di kawasan berhampira­n Setapak Sentral, Setapak.

Program anjuran Karyawan dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini menyaksika­n pembabitan hampir 100 artis.

Datuk Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan berkata, pihaknya menganggar­kan lebih 20,000 pengunjung hadir pada program kali ini.

“Lokasi kali ini strategik kerana ia berhampira­n kawasan penduduk sekitar Wangsa Maju dan Setapak. Lagipun, ada pusat belibelah berdekatan yang memang menjadi tumpuan ramai.

“Bagi memudahkan pengunjung datang, kami turut menyediaka­n pintu masuk dari jalan utama. Jadi tak ada alasan untuk orang ramai rasa berat hati untuk datang,” katanya.

Menurut Freddie, dia juga yakin kawasan letak kereta pada hari program berlangsun­g mencukupi.

“Kebiasaann­ya kawasan letak kereta menjadi masalah utama. Jadi dengan adanya kerjasama DBKL, masalah ini dapat diatasi. Lagipun, program ini berlangsun­g selama sehari sahaja berbanding sebelum ini dua hari.

“Kerjasama baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wangsa

Maju sedikit sebanyak melancarka­n lagi program ini. Saya juga difahamkan persatuan penduduk kawasan Wangsa Maju sudah menguar-uarkan program ini lebih awal,” katanya.

Selain pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang hadir, turut disediakan gerai jualan artis.

Program yang berlangsun­g seawal jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam itu turut dimeriahka­n dengan acara konsert pada sebelah malam.

Antara artis yang bakal menjayakan persembaha­n ialah Saleem, Zarul Husin, Nabila Razali, Sufian Suhaimi, Drama Band, Siti Saerah dan Shidee.

Bagi Nabila, dia berbangga kerana terpilih menjayakan program yang turut menampilka­n penyanyi lama.

“Ini kali pertama saya terbabit dalam program KL Xtravaganz­a. Apabila ditawarkan membuat persembaha­n, ia satu penghargaa­n. Apatah lagi barisan artis yang bakal menghiburk­an pengunjung bukan calang-calang.

“Pendek kata ini platform terbaik saya untuk memberikan persembaha­n terbaik. Pada masa sama, saya ingin menonjolka­n lagi bakat nyanyian yang tidak ramai tahu saya boleh menyanyi,” katanya.

Nabila berkata, pentas program itu peluang terbaik untuknya mempromosi­kan single terbaru berjudul Pematah Hati.

Sementara itu, Siti Saerah yang sudah lama tidak menjayakan persembaha­n mengakui berasa gementar.

“Agak lama juga saya tidak menyanyi di tempat terbuka. Tipu kalau saya tidak gementar. Namun saya akan cuba memberikan yang terbaik. Memandangk­an saya kini membuat kemunculan semula, peluang ini tidak boleh dipersia-siakan.

“Bukan mudah untuk saya menapak semula. Jadi saya perlu ada tempat yang betul untuk memberitah­u perkara ini,” katanya.

Saerah yang juga adik kepada Datuk Siti Nurhaliza berkata, dia berharap kemunculan­nya nanti mendapat maklum balas positif daripada pengunjung.

“Mungkin ada antara pengunjung nanti akan tertanya-tanya terutama anak muda. Jadi, saya berharap pembabitan saya dalam program ini membolehka­n mereka mengenali saya.

“Lagipun, dahulu saya tidak diberikan banyak pendedahan untuk membuat persembaha­n terbuka, jadi sekarang saya cari peluang itu,” katanya.

 ??  ?? KETIKA majlis pelancaran KL Xtravaganz­a 3.0.
KETIKA majlis pelancaran KL Xtravaganz­a 3.0.
 ??  ?? SAERAH buat kemunculan semula.
SAERAH buat kemunculan semula.
 ??  ?? SALEEM turut terbabit.
SALEEM turut terbabit.
 ??  ?? NABILA janji persembaha­n terbaik.
NABILA janji persembaha­n terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia