Harian Metro

Eksklusif reviu Samsung Galaxy Note8

-

S-Pen jadi penentu

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengeluark­an pen dari bahagian bawah telefon dan mula menaip di atas paparan berwarna hitam sehingga 100 muka surat. Setakat ini, penguji hanya mampu menaip sehingga 30 muka surat saja iaitu draf sebuah novel.

Lagipun, kalau anda kerap menjadikan tandas sebagai ‘pusat mengembang­kan idea’ boleh menaipnya pada skrin kerana dalam keadaan basah sekalipun, ia masih beroperasi dan S-Pen masih boleh digunakan.

Fungsi S-Pen saja sudah banyak yang boleh diteroka. Screen Write misalnya membolehka­n anda menulis di atas skrin.

Misalnya, jika anda sedang bekerja dan individu lain menghantar fail, anda boleh mengaktifk­an S-Pen dan membetulka­n kesalahan misalnya membulatka­n teks atau gambar tertentu.

Ya, jika anda pemilik butik, pereka grafik, akauntan dan macammacam jenis pekerjaan lain pun boleh memanfaatk­an fungsi ini dengan hebat.

Kemudian, ada pula Smart Select. Pilih ikon ini selepas mengaktifk­an S-Pen kemudian lakukan ‘cut and paste’ imej dan gabungkann­ya ke manamana gambar lain.

Misalnya, penguji memotong imej logo

Harian Metro dan kemudian menampalny­a ke atas slaid persembaha­n untuk tujuan kerja, lebih mudah berbanding membuka Photoshop atau menggunaka­n PowerPoint.

Apabila bercakap mengenai ‘sharpness’ S-Pen ini, ia memungkink­an anda melukis hingga ke butiran yang sangat jelas seakan apa anda pegang itu bukanlah S-Pen tapi pensil biasa dengan contengan di atas kertas.

Imejnya sangat terperinci dan peka.

Keluarkan S-Pen dan memo, lukis saja di permukaan dan garis digital akan keluar selari dengan pergerakan tangan anda.

Hanya dengan S-Pen saja, habis reviu ringkas setakat ini.

Penguji akan menyambung mengenai spesifikas­i lain dalam siri reviu akan datang.   

 

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SPESIFIKAS­I
SAMSUNG GALAXY NOTE8 PENGELUAR:
CIRI:
PRO:
KONTRA:
SPESIFIKAS­I SAMSUNG GALAXY NOTE8 PENGELUAR: CIRI: PRO: KONTRA:
 ??  ?? Samsung
Phablet dengan S-Pen Efisien, laju
Pastikan ia tidak jatuh! Keseluruha­n: Reka Bentuk: Prestasi:
Mesra pengguna: Harga:
Samsung Phablet dengan S-Pen Efisien, laju Pastikan ia tidak jatuh! Keseluruha­n: Reka Bentuk: Prestasi: Mesra pengguna: Harga:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia