Harian Metro

Analisis canggih CTOS

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

CTOS Holdings Sdn Bhd, agensi pelaporan kredit terbesar di negara ini menjalin usaha sama dengan penyedia teknologi risikan korporat, Handshakes Technology (M) Sdn Bhd, perkhidmat­an pintar korporat kepada syarikat di Malaysia melalui ‘CTOS ConneX’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dennis Martin berkata, CTOS ConneX adalah antara alat analisis paling berkuasa di Asia yang menyediaka­n perkhidmat­an untuk carian berkesan terhadap profil perniagaan atau individu dan hubungan merentas pelbagai pasaran di Asia.

“Bercirikan pusat sehenti, platform ini berupaya memetakan semua hubungan yang bakal dijalankan selain hubungan sedia ada antara syarikat dan individu dalam ekosistem perniagaan.

“Bahkan, ia turut membolehka­n pelanggan korporat untuk mengakses risiko kredit masingmasi­ng menerusi CTOS Credit Manager,” katanya pada majlis pemeteraia­n perjanjian usaha sama antara CTOS Data Systems Sdn Bhd dan Handshakes Technology di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, CTOS

ConneX menggunaka­n data algoritma untuk mencari laluan komersial antara pelbagai syarikat dan individu ke arah membantu mengenal pasti konflik kepentinga­n dalam hanya beberapa saat berbanding kaedah lama yang memerlukan kos dan masa lama untuk menyemak jumlah rekod yang tersenarai.

Martin berkata, alat berkenaan penting dalam membantu pembanguna­n

Akses risiko kredit

perniagaan pengguna memandangk­an ia berfungsi untuk mengenal pasti potensi pelanggan baru, di samping membantu pemulihan aset bagi tujuan insurans dan perundanga­n.

Dengan hanya nama tunggal, hubungan radial dan hierarki boleh dianalisis membabitka­n individu dan entiti korporat.

“Rangkaian yang dibina hanya dikhususka­n untuk pengguna di Malaysia sahaja, tetapi dalam masa sama ia juga boleh digunakan untuk memasukkan data dari Singapura dan Hong Kong,” katanya.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Handshakes Technology Daryl Neo (dua dari kiri) berjabat tangan dengan
Martin pada majlis pemeteraia­n perjanjian
usaha sama.
KETUA Pegawai Eksekutif Handshakes Technology Daryl Neo (dua dari kiri) berjabat tangan dengan Martin pada majlis pemeteraia­n perjanjian usaha sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia