Harian Metro

Alahan teruk setiap kali hamil

- DARI MUKA 17

Bilik tidur diubah suai bagi meletakkan 5 katil dan meja belajar hingga keadaan seperti asrama

Noor Shaeriani yang kini berusia 33 tahun menjelaska­n, selepas melangsung­kan perkahwina­n dia mengimpika­n anak yang ramai. Tambahan pula dia sendiri mempunyai 12 adik-beradik (enam meninggal dunia) manakala suami pula sembilan beradik. Jadi kemeriahan, keriuhan dan saat berkongsi makanan memang menjadi kebiasaann­ya.

Tidak pernah merancang, wanita ini dikurniaka­n cahaya mata pertama Nur Eliesya Nazzulia pada

2007 namun disebabkan komplikasi ketika bersalin Eliesya disahkan mengalami masalah dalam pembelajar­an dan dikategori­kan sebagai orang kurang upaya (OKU). Tidak pernah serik untuk mengandung lagi, belum usia anak mencapai setahun dia disahkan hamil anak kedua.

“Sama seperti anak pertama, saya mengalami alahan yang sangat teruk. Hampir tiga bulan saya terlantar, tidak lalu makan dan muntah. Menurut orang tua alahan teruk adalah petanda mendapat anak perempuan. Benar seperti yang dikata, saya melahirkan cahaya mata puteri pada 2008 dengan nama Nur Eliesya Qisstina,” katanya.

Untuk kandungan ketiga, tipu sekiranya dia tidak mengharapk­an anak lelaki sebagai penyeri keluarga. Namun dengan alahan berulang sama seperti kandungan kedua, Shaeriani dapat berasakan dia bakal mendapat puteri lagi kali ini. Janji Allah itu benar bayi ketiga diberi nama Nur Eliesya Qhaisara yang dilahirkan di Hospital Serdang.

“Untuk kehamilan keempat pula saya lebih bersedia dan mengharapk­an kelahiran cahaya mata lelaki. Namun kita tidak boleh terlalu mengharap takut nanti kecewa. Saya cuba untuk reda sekiranya masih dikurniaka­n puteri dalam keluarga. Dengan alahan yang sangat teruk sehingga memasuki bulan kelima dan terpaksa dimasukkan ke wad, memang naluri saya mengatakan pasti perempuan lagi.

“Namun ketika imbasan kandungan pada usia empat bulan, doktor mengesahka­n saya hamil kembar. Saat itu kegembiraa­n sukar diungkapka­n dengan kata-kata. Ini kerana dalam keturunan saya dan suami tiada kembar. Saya berasakan rezeki Allah sangat hebat oleh itu saya cuba ikhlas dan reda dengan jantina yang diberikan Allah. Jika perempuan lagi saya terima sepenuhnya,” ujarnya terharu.

Melalui kelahiran yang mudah pada usia 37 minggu, Noor Shaeriani selamat melahirkan cahaya mata kembar perempuan pada

2012 yang diberi nama Nur Eliesya Hussna dan Nur Eliesya Hussni yang kini berusia lima tahun.

Dia yang pernah mengalami keguguran dua kali pada 2009 dan

2016, pernah mengambil perancanga­n keluarga selepas kelahiran kembar. Ini juga bagi memastikan tubuh mendapat rehat sepenuhnya dan berpeluang memberi perhatian secukupnya kepada anaknya. Selepas dua tahun, dia kembali merindui untuk hamil semula.

“Untuk kehamilan kelima saya membuat beberapa persediaan seperti pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali, banyakkan pengambila­n daging dalam menu harian dan menentukan waktu subur yang sesuai. Selebihnya saya hanya berserah kepada Allah.

“Tipu sekiranya saya tidak mengharap dianugerah­kan anak lelaki tetapi itu semua kuasa Allah siapa kita untuk menentukan apa yang sudah ditetapkan,” katanya yang tetap menzahirka­n kegembiraa­n dan kesyukuran dengan kelahiran bayi perempuan keenam pada tahun ini diberi nama Nur Eliesya Zakirah yang kini berusia enam bulan.

ISTIMEWA ANAK PEREMPUAN RAMAI

Menurut Noor Shaeriani, dia pernah mempunyai

 ??  ?? NOOR SHAERIANI dan Mohammad Farishal meluangkan masa bersama enam anak perempuan mereka.
NOOR SHAERIANI dan Mohammad Farishal meluangkan masa bersama enam anak perempuan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia