Harian Metro

Penyertaan lebih terbuka

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

 53 filem bertanding 24 kategori di FFM29

Lima puluh tiga filem dipertandi­ngkan dalam Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang bakal berlangsun­g pada 23 September ini.

Ia adalah 41 filem berbahasa Melayu, enam (Mandarin, lima (Tamil) dan satu (Inggeris).

Antara filem yang bertanding adalah Redha, Temuan Takdir, Sindiket dan Aliff Dalam 7 Dimensi.

Selain itu, FFM29 mempertaru­hkan 24 kategori daripada 18 kategori bertanding manakala enam daripadany­a anugerah yang tidak dipertandi­ngkan dengan lima finalis sebaliknya dipilih khas juri.

Bertemakan Transforma­si Citra Karya, FFM29 tampil berbeza apabila hanya mengumumka­n lima finalis bagi setiap kategori pada malam anugerah.

Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob berkata, penyertaan filem untuk tahun ini lebih terbuka.

“Kali ini lebih terbuka dengan syarat tidak pernah menyertai mana-mana festival filem dan mendapat sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada atau sebelum 31 Julai 2017.

“Justeru, ini membuka lebih banyak peluang kepada penerbit bagi menyertai festival filem ini,” katanya.

Tambahnya, fokus utama FFM29 adalah kepada filem cereka.

“Kali ini, fokus pengiktira­fan kepada filem cereka selain mengangkat filem animasi, pendek dan cereka di platform lain,” katanya.

Malam anugerah FFM29 menyaksika­n Zizan Razak sebagai hos utama dan digandingk­an dengan tiga artis wanita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Tanuja.

FFM29 menyajikan persembaha­n artis popular antaranya KRU, Aisyah Aziz, Mirwana, UNIC, Salamiah Hassan, Atilia, Shiha Zikir dan Akim & The Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia