Harian Metro

Abang bomba bawa ceria

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

 Remaja hidap leukemia gembira hasrat terlaksana

“Terima kasih abang bomba, saya gembira semua orang datang hari ini. Ini adalah hari paling gembira buat saya,” kata pesakit leukemia, Muhamad Faisul Iman Isma Yakub, 14, dari Taman Limauan, Kinarut, Papar dekat sini.

Hasrat remaja yang disahkan menghidap penyakit kanser darah sejak berusia enam tahun untuk menjadi anggota bomba direalisas­ikan dalam satu majlis di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, di sini, semalam.

Ia terlaksana hasil inisiatif Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia yang mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Meskipun lemah susulan rawatan kemoterapi sejak beberapa tahun lalu, remaja itu ceria apabila berpeluang memakai seragam bomba.

Malah, Muhamad Faisul Iman diberi kesempatan menaiki jentera bomba dan memegang hos pemadam api di hospital berkenaan.

Muhamad Faisul Iman sudah lama mengimpika­n memakai seragam bomba, menaiki jentera bomba dan memadam api.

Walaupun sedar tidak mencapai cita-cita menjadi anggota bomba, dia bersyukur kerana masih berpeluang merasai pengalaman sehari bersama anggota bomba pada program itu.

Sementara itu, kakak Muhamad Faisul Iman, Farah Lyanna, 23, berkata, sejak menjalani rawatan, adiknya sering menyuaraka­n impian menjadi anggota bomba kepada ahli keluarga dan kakitangan hospital.

Muhamad Faisul Iman yang juga anak keempat daripada lima beradik itu memberitah­u tertarik dengan tugas anggota bomba yang bukan saja sekadar memadamkan api kebakaran, tetapi membantu orang ramai dalam kecemasan termasuk menyelamat­kan haiwan terperangk­ap.

“Dia sering menceritak­an kehebatan anggota bomba seperti dilihat di media massa dan laman sosial.

“Malah, sejak diberitahu merasai pengalaman menjadi anggota bomba tiga minggu lalu, dia teruja sampaikan semalam (kelmarin), tidak lena tidur memikirkan keseronoka­n,” katanya.

Sementara itu, wakil Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia Teoh Teik Hoong berkata, program itu diadakan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai impian Muhammad Faisul Iman.

Perancanga­n awal membawa remaja itu ke balai bomba berhampira­n.

“Namun, disebabkan keadaan kesihatann­ya, JBPM Sabah membawa bomba bersama jentera ke HWKKS untuk memenuhi impian remaja itu,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memakaikan pakaian khas bomba kepada Muhamad Faisul.
ANGGOTA bomba memakaikan pakaian khas bomba kepada Muhamad Faisul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia