Harian Metro

Bangsa sikap GKKJ

-

Kota Bharu: “Saya tidak pernah jumpa lagi anak muda tawar diri ambil alih kerja gali kubur daripada orang tua di kampung ini.

“Mereka sahajalah yang dari dulu hingga sekarang banyak tabur bakti,” kata Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (PJKKKP) Mukim Chepa, Zakaria Yunus, 45.

Menurutnya, sejak 10 tahun lalu, tugas menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Beris Arab, Kampung Kota Jembal di sini, tergalas di bahu 10 anak muda berusia 20 hingga 30 tahun yang digelar Geng Kubur Kota Jembal (GKKJ).

Katanya, beliau terharu dan berbangga dengan sikap mereka kerana sanggup melakukan pekerjaan itu seikhlas hati demi mengejar saham akhirat dan tidak tetapkan bayaran.

“Zaman sekarang ini, jarang anak muda yang mahu menggali kubur kerana selain pendapatan tidak tetap, pekerjaan itu juga memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Namun bagi pemuda di kampung ini, mereka dengan rela hati melakukan pekerjaan itu selepas melihat golongan tua yang menggali kubur sudah tidak larat melakukan pekerjaan itu.

“Semua pemuda terbabit bukanlah tidak bekerja, ada antaranya berniaga sendiri, buruh dan menternak tetapi sebaik mendengar ada kematian, pekerjaan itu ditinggal seketika, semata mahu bantu menggali kubur,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Zakaria berkata, upah penggali kubur ditetapkan antara RM300 ke RM400 bergantung mukim, namun GKKJ tidak menetapkan bayaran sebegitu.

Mereka sahajalah yang dari dulu hingga sekarang banyak tabur bakti”

Zakaria Yunus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia