Harian Metro

Jalur Gemilang cap ibu jari 180,000 pelajar TKC

-

Nilai: Kolej Tunku Kurshiah (TKC) mencipta namanya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menghasilk­an Jalur Gemilang gergasi menggunaka­n 180,000 cap ibu jari.

Aktiviti membabitka­n 840 pelajar, guru, staf kakitangan, ibu bapa dan alumni siap dalam tempoh seminggu sejak dimulakan pada 4 September lalu.

Pengetua TKC,Anismah M Noh berkata, Jalur Gemilang dibuat atas kain rentang yang dihasilkan dengan cap ibu jari bersaiz 31 meter lebar dan 35 meter panjang terbesar di Malaysia setakat ini.

Katanya, cap ibu jari itu dibuat dengan berbentuk simbol hati yang berlatar belakangka­n Jalur Gemilang.

“Ia turut tertera nama TKC di atas kain rentang dan perkataan Malaysia tertulis di bawahnya. Idea ini timbul sebagai usaha mencipta kelainan dalam menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n di TKC,” katanya pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2017 di TKC, di sini, semalam.

Rekod itu disahkan Wakil MBOR, Lee Pooi Leng.

Anismah berkata, usaha ini bukan mudah kerana mereka berdepan kekangan masa dan cuaca untuk menyiapkan kain rentang ini.

“Selain itu, jarak setiap cap ibu jari memainkan peranan sebagai penilaian dalam MBOR,” katanya.

Menurutnya, kos keseluruha­n membuat Jalur Gemilang itu ialah RM9,500.

Pihak kami turut mendapat tajaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) TKC, Bank Muamalat Berhad, Entec Tech & Supply, Electric Libary, Ya Hanana Maju Enterprise dan Edu Resources,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR Kolej Tunku Kurshiah meraikan kejayaan pengiktira­fan Jalur Gemilang 180,000 cap ibu jari dalam MBOR.
PELAJAR Kolej Tunku Kurshiah meraikan kejayaan pengiktira­fan Jalur Gemilang 180,000 cap ibu jari dalam MBOR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia