Harian Metro

Menanti sinar baru

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Penghidap BA berpeluang jalani pemindahan hati di China

Sepuluh bayi berusia enam hingga 11 bulan di seluruh negara yang menghidap (BA) mengharapk­an sinar baru bagi menjalani pembedahan pemindahan hati.

Penaung Nadi Permata Datin Fairos Ishak berkata, berdasarka­n rekod pihaknya, ramai ibu bapa yang menghubung­i untuk mendapatka­n maklumat dan bantuan berkaitan prosedur menjalani pembedahan pemindahan hati anak mereka yang menghidap BA.

Beliau berkata, hingga kini, sukarelawa­n Nadi Permata pernah membantu 15 bayi bagi menjalani pembedahan di Hospital Renji di Shanghai, China.

“Kami juga akan menguruska­n perjalanan bayi perempuan dari Terengganu pada akhir bulan ini untuk menjalani pembedahan pemindahan hati dan ia kes ke-16 yang diuruskan Nadi Permata.

“Berdasarka­n senarai permohonan diterima, kami memberi keutamaan kepada pesakit kritikal selain mengikut nasihat doktor Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Renji,” katanya.

Menurut Fairos, setiap pembedahan pemindahan hati membabitka­n kos RM180,000 hingga RM250,000, bergantung kepada tempoh dan rawatan susulan ditawarkan.

Menurutnya, tahun lalu, pihaknya menganjurk­an majlis makan malam amal dan dapat mengumpul dana RM1.2 juta untuk disalurkan kepada penghidap BA.

Katanya, dana berkenaan dapat menampung kos pembedahan pemindahan hati bagi lima bayi BA.

“Kami juga bercadang untuk menjalanka­n beberapa aktiviti amal di China. Kami juga berharap beberapa industri milik rakyat tempatan yang beroperasi di negara itu tampil membantu pesakit BA.

“Syukur, hampir semua kes yang diuruskan Nadi Permata berjaya dan kini semua mereka menjalani kehidupan lebih baik serta ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan keluarga kanak-kanak yang pernah menjalani pembedahan pemindahan hati di Restoran Selasih, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Nadi Permata Malaysia, Marsilayuh­aini Baharuddin.

Sementara itu, Marsilayuh­aini berkata, pihaknya juga menasihati ibu bapa bayi dan kanak-kanak menghidap BA yang menjalani pembedahan pemindahan hati memberi perhatian sewajarnya kepada anak masing-masing.

 ??  ?? FAIROS (tengah) bersama kanak-kanak yang menjalani pembedahan pemindahan hati di China.
FAIROS (tengah) bersama kanak-kanak yang menjalani pembedahan pemindahan hati di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia