Harian Metro

Kilas pelindung judi

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 SPRM ikrar perangi penguat kuasa terima rasuah

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan memulakan satu lagi ‘perang’ terhadap rasuah membabitka­n aktiviti judi tanpa lesen yang sudah lama menghantui negara ini.

Ketua Pesuruhjay­anya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sudah sampai masanya SPRM melihat perkara ini secara serius dan mengambil tindakan lebih agresif kepada mereka yang terbabit atau melindungi sindiket berkenaan.

“Kita akan lihat perkara berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku terutama membabitka­n pegawai penguat kuasa yang dibayar untuk melindungi pengendali premis judi tanpa lesen.

“Sebagai contoh, premis tidak dilesenkan, tetapi masih beroperasi dan ini menunjukka­n wujud pengutkuas­aan yang longgar sekali gus membuktika­n terdapat isu rasuah yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Sekretaria­t Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Katanya, penjawat awam seharusnya menjalanka­n tugas untuk membantera­s kegiatan itu dan bukannya menerima rasuah seterusnya melindungi pesalah.

Dzulkifli berkata, beliau menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) GBAH dan mereka menyatakan sokongan kepada SPRM bagi membantera­s kegiatan judi haram ini.

“Kita akan bekerjasam­a dengan mereka melalui maklumat yang diberikan dan kita akan kaji sebelum tindakan sewajarnya diambil. Isu judi tanpa lesen ini banyak membabitka­n masyarakat Islam sendiri yang secara tidak langsung memberi kesan besar kepada masalah sosial dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi GBAH Marsridzi Sat berkata, pihaknya sudah melakukan kajian dan gerak kerja lebih 30 tahun untuk membantu penguatkua­saan kerajaan terutama dalam isu judi tanpa lesen.

“Kita memerhati cara pegawai penguatkua­saan bekerja dan banyak kita dapati maklumat bocor, malah semakin diserbu semakin banyak premis yang beroperasi selain unsur ketirisan yang berleluasa.

“Apabila berlakunya perkara seperti ini, kita mengharapk­an penguatkua­saan untuk menyelesai­kan masalah berkenaan, tetapi sebagai pemegang amanah yang berkuasa mereka khianati dan terus melindungi pusat terbabit,” katanya. Kementeria­n Luar mengesahka­n 10 warga Malaysia terbabit dalam insiden kebakaran di Clifton, Christchur­ch, New Zealand pada 10

September lalu, jam 8.30 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan dikeluarka­n kementeria­n itu, dua daripada mangsa kebakaran dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Kementeria­n Luar melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terbabit dalam insiden ini,” katanya, semalam.

Warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubung­i Suruhanjay­a Tinggi

Malaysia di Wellington di talian +64-4-385 2439 atau +64-4-801 5659 manakala e-mel mwwellingt­on@kln.gov.my.

Alamat suruhanjay­a berkenaan ialah, 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O Box 9422, Wellington 6141 New Zealand.

 ??  ?? DZULKIFLI menerima memorandum sokongan kerjasama daripada Pengerusi GBAH, Masridzi Sat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
DZULKIFLI menerima memorandum sokongan kerjasama daripada Pengerusi GBAH, Masridzi Sat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia