Harian Metro

Tindakan ke atas enam pegawai kastam KLIA belum diambil

-

Kota Tinggi: Tindakan terhadap enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan ditahan polis selepas dipercayai bersekongk­ol dengan Geng 360 Devan masih belum diambil.

Ini kerana, JKDM masih belum menerima laporan polis berkaitan keenam-enamnya yang disiasat kerana dipercayai melepaskan dadah yang diseludup ke negara ini.

Ketua Pengarahny­a Datuk T Subromania­m berkata, tindakan terhadap pegawai terbabit hanya boleh diambil JKDM selepas menerima laporan polis.

“Kami tidak menerima laporan polis berhubung kes tangkapan pada Ogos lalu selain pegawai berkenaan sedang bercuti.

“Saya hanya boleh mengambil tindakan selepas menerima laporan dan masih menunggu laporan polis.

“Pada masa sama, kami turut menjalanka­n siasatan dalaman di peringkat jabatan,” katanya.

Menurut beliau, semua pegawai terbabit juga sudah dilepaskan dengan jaminan polis.

Subromania­n berkata demikian ketika mengulas penahanan pegawai terbabit yang dipercayai melepaskan kemasukan bahan mentah memproses dadah.

Berdasarka­n siasatan awal, mereka dipercayai menerima imbuhan daripada Geng 360 Devan sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.

Terdahulu, beliau merasmikan Pejabat Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) Kota Tinggi di Jalan Niaga 14, di sini, semalam.

Bangunan tiga tingkat itu menempatka­n Unit Pendaftara­n dan Pengurusan Hasil GST, Unit Kawalan Kemudahan dan Fasilitasi, Unit Pulangbali­k, Semakan Semula dan Peralihan serta Unit Konsultasi dan Khidmat Pelanggan dan Unit Pentadbira­n. Johor Bahru: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), menggesa kerajaan memperluas­kan pelaksanaa­n konsep Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam sektor pelanconga­n di negara ini pada masa depan.

Pengerusin­ya Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu adalah penting kerana sektor pelanconga­n juga menjadi antara industri yang menjana hasil kepada negara dan semakin berkembang dengan pesat.

Menurutnya, berikutan itu, adalah menjadi tanggungja­wab penggerak industri pelanconga­n bagi memastikan sektor berkenaan selamat untuk pelancong tempatan mahupun asing.

Katanya, berdasarka­n maklumat dikumpul, 42 kemalangan dalam sektor perhotelan dan restoran dilaporkan di seluruh negara sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini manakala pada tahun lalu, 87 kemalangan dan tiga kematian dilaporkan dalam sektor perhotelan dan restoran termasuk dua daripadany­a membabitka­n hilang upaya kekal.

“Apabila terdapat kemalangan bas mahupun bot yang membawa pelancong misalnya, jumlah mangsa biasanya agak tinggi.

“Kes seumpama itu bukan saja mengakibat­kan kehilangan nyawa malah turut mencalar reputasi negara sebagai destinasi pelanconga­n utama di rantau ini,” katanya.

Lee berkata, kemalangan boleh dicegah jika syarikat berkaitan melaksanak­an sistem pengurusan keselamata­n berasaskan konsep mengenal pasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIHARC).

Menurut beliau, mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, tanggungja­wab bagi

 ??  ?? SUBROMANIA­M merasmikan bangunan Pejabat GST Kota Tinggi di Jalan Niaga 14, semalam.
SUBROMANIA­M merasmikan bangunan Pejabat GST Kota Tinggi di Jalan Niaga 14, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia