Harian Metro

Hukuman denda, penjara kekal

-

Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, mengekalka­n hukuman penjara lapan tahun dan denda RM20,000 ke atas seorang anggota polis yang didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah untuk menyelesai­kan satu kes narkotik, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian selepas menolak rayuan tertuduh, Sarjan Mohd Faridzuddi­n Hamzah, 27, atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen, Julai tahun lalu.

Namun, mahkamah membenarka­n permohonan tertuduh untuk penangguha­n pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Mengikut dua pertuduhan, Faridzuddi­n yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang didakwa menerima rasuah RM1,000 di dua lokasi berasingan.

Perbuatan itu dilakukan di IPD berkenaan dan sebuah restoran di Sri Petaling, jam 8.15 malam, 5 Mac 2014 dan 9.20 malam, 1 April tahun sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali

>>Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober depan

ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Ghazali dalam penghakima­nnya berkata, penangguha­n hukuman dibenarkan namun tertuduh perlu memfailkan notis rayuan dan kos jaminan turut dinaikkan kepada RM25,000.

“Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini membuat keputusan tepat terhadap tertuduh yang disabitkan atas dua pertuduhan itu,” katanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Salim Bashir memohon penangguha­n itu kerana mahu mengemukak­an beberapa isu perundanga­n di Mahkamah Rayuan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nur Laila Mohamed

Nazil.

 ??  ?? MOHD Faridzuddi­n
MOHD Faridzuddi­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia