Harian Metro

Beg ‘asli’ tipu

 Premis jual barang berjenama tiruan diserbu

- Nur Izzati Izzah Nadzi am@hmetro.com.my

“Kami turut menemui barangan jenama LV, Gucci dan Bonia cetak rompak, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan”

Ramesh

Menjual barang tiruan secara dalam talian. Itu kegiatan dilakukan sebuah premis yang menipu ramai pengguna sejak beberapa bulan lalu.

Kegiatan itu bagaimanap­un dibongkar selepas sepasukan anggota Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyerbu premis itu jam 10 pagi semalam.

Hasil serbuan itu, sebanyak 67 beg tangan wanita, beg silang dan dompet jenama terkenal [cetak rompak’ bernilai RM4,700 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Selangor K Ramesh berkata, kegiatan itu dikesan selepas pihaknya menerima aduan awam.

“Operasi itu turut disertai wakil cap dagang Bonia dan Carlo Rino yang turut mendakwa terdapat jualan barangan tiruan beg tangan jenama itu di sebuah premis, di sini.

“Dalam operasi itu kami turut menemui barangan jenama LV dan Gucci selain Bonia dan Carlo Rino cetak rompak,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

“Syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNKK Kuala Selangor menunjukka­n barangan tiruan yang dirampas dari sebuah premis.
PEGAWAI KPDNKK Kuala Selangor menunjukka­n barangan tiruan yang dirampas dari sebuah premis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia