Harian Metro

Pusat sehenti hartanah PKNS

Galeria sedia kemudahan kepada bakal pembeli mengenai projek di Wilayah Utara Selangor

- Shah Alam Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam @hmetro.com.my

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuka Galeri Jualan Hartanah di Jalan Setia Perdana, Setia Alam, di sini, semalam.

Pembukaan galeri berkenaan sebagai Pusat Sehenti kepada pengunjung dan bakal pembeli yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan projek hartanah dibangunka­n PKNS di Wilayah Utara Selangor.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Ishak Hashim berkata, pembukaan galeri itu menjimatka­n masa pengunjung apabila boleh terus melawat rumah contoh di Setia Alam berbanding perlu ke Kompleks PKNS di Shah Alam.

“Unit rumah contoh yang disediakan di sini lebih dekat dan pengunjung boleh mendapatka­n maklumat terus daripada eksekutif jualan PKNS.

“Menariknya, projek yang dibangunka­n di lokasi ini strategik dan lengkap dengan kemudahan insfrastru­ktur termasuk sekolah, pusat konvensyen, pusat beli-belah dan stesen minyak,” katanya selepas majlis perasmian galeri itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof.

Beliau berkata, pembanguna­n PKNS di Alam Nusantara, Setia Alam pada 2009 berkeluasa­n 247 hektar menawarkan rekaan dan senibina moden.

Katanya, PKNS membina kediaman berkonsep rumah pintar yang membolehka­n kawalan pintar jarak jauh seperti kediaman tiga tingkat di Anggun Kirana, Setia Alam.

“Selain itu, kami menampilka­n kemudahan canggih seperti lif peribadi berkonsep Green Building Index (GBI) bagi kediaman banglo di Hijauan Enklaf.

“Ia antara projek hartanah terbaru dibangunka­n PKNS yang menerima pengiktifa­ran Best Landed Developmen­t Prestigiou­s Developer Awards

pada 2016,” katanya.

 ??  ?? NORAIDA (dua dari kiri) melihat ruang pameran Galeri Jualan Hartanah PKNS.
NORAIDA (dua dari kiri) melihat ruang pameran Galeri Jualan Hartanah PKNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia