Harian Metro

AIR MATA KAPAS

- Agensi

 Disisih penduduk kampung selepas mata keluarkan gumpalan putih

Seorang budak perempuan dipulau oleh penduduk kampung selepas matanya mengeluark­an gumpalan putih seperti kapas hampir setiap hari.

Manasi, 11, yang berasal dari sebuah kampung di negeri Madhya Pradesh mengeluark­an 35 hingga 40 gumpalan putih itu sejak 25 Ogos lalu.

Keluargany­a dan penduduk kampung yakin budak itu dirasuk hantu dan berjumpa bomoh untuk mendapatka­n rawatan tetapi tidak berhasil.

Kini seluruh penduduk kampung memulaukan Manasi, malah keluargany­a tidak membenarka­n budak itu keluar rumah kerana bimbang menimbulka­n kemarahan orang ramai.

Bapa Manasi, Gendlal Kevat berkata, gumpalan putih itu semakin banyak keluar sejak dua minggu lalu.

“Seorang doktor datang ke rumah untuk memeriksa Manasi dan gumpalan putih itu selepas cerita mengenai anak saya tersebar di seluruh kampung.

“Bagaimanap­un, dia tidak dapat memberi penjelasan dan hanya mencadangk­an untuk membawa Manasi berjumpa pakar mata,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan, Nayi Duniya yang melaporkan kes Manasi menghubung­i pakar mata untuk mendapatka­n pendapat mereka.

Dr Navneet Saxena, dekan dan pakar oftalmolog­i dari Kolej Perubatan di Jabalpur memberitah­u, keadaan itu mungkin berpunca daripada tindak balas alahan yang kadangkala mengeluark­an cecair atau benang halus dari mata.

Dr Pawan Setak pula berkata, keadaan luar biasa itu kemungkina­n akibat kekurangan Vitamin D.

Menurutnya, kanak-kanak yang kekurangan zat makanan kadangkala mengeluark­an objek putih dari hujung mata yang menyerupai kapas.

 ??  ?? MANASI menunjukka­n gumpalan putih seperti kapas yang keluar dari matanya hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu. - Agensi
MANASI menunjukka­n gumpalan putih seperti kapas yang keluar dari matanya hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia