Harian Metro

Jing Yi tak mahu terburu-buru

-

Tee Jing Yi (gambar) tidak perlu terburu-buru untuk berada di puncak dunia.

Bekas pemain perseorang­an wanita kebangsaan itu sudah melonjakka­n dirinya ke dalam carta pemain terbaik dunia sejak digandingk­an dengan Soong Fie Cho.

Semalam, beregu negara itu melangkah ke pusingan kedua Terbuka Korea selepas menang 19-21, 21-13, 21-17 ke atas gandingan India, Ashwini Ponnappa-N.Sikki Reddy.

“Fie Cho dan saya tidak perlu terburu-buru memenangi kejuaraan utama buat masa ini. Ketika ini, tumpuan kami lebih terarah kepada usaha melonjakka­n nama kami ke ranking lebih baik.

“Jika kami bermain baik dalam kejohanan, kami anggap ia sebagai bonus,” kata Jing Yi yang digandingk­an dengan Fie Cho, Mei lalu.

Sejak digandingk­an bersama, Jing Yi-Fie Cho sudah memenangi dua gelaran (Siri Antarabang­sa Victor dan Siri Antarabang­sa Malaysia) dan ketika ini menduduki ranking ke-138 dunia.

Gandingan itu bagaimanap­un akan berdepan laluan sukar apabila dijadualka­n menentang beregu China, Huang Yaqiong-Yu Xiaohan untuk memburu tempat ke suku akhir.

Turut layak ke pusingan kedua ialah pemenang perak Sukan SEA Kuala Lumpur, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Gandingan itu mengalahka­n wakil England, Marcus Ellis-Chris Langridge 21-14, 22-20 dan akan menentang sama ada beregu Hong Kong, Chin Chung-Tang Chun Man atau pilihan kedua, Marcus Gideon Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia selepas ini.

Nasib berbeza dialami perseorang­an wanita negara, Soniia Cheah yang tewas di pusingan pertama di tangan pemain Korea Selatan, Lee Jang Mi 21-17, 21-18.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia