Harian Metro

Hafiz sedia bantu tingkat prestasi pemain

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas juara Seluruh England 2003, Muhamad Hafiz Hashim (gambar) sudah bersedia untuk berkhidmat sebagai jurulatih andai menerima tawaran rasmi daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas pemain perseorang­an lelaki kebangsaan itu berkata, semua perkara yang pernah merencatka­n hasrat menjadi jurulatih sebelum ini sudah pun diselesaik­an dan hanya menunggu BAM membuat keputusan.

“Jika BAM berminat untuk mendapatka­n khidmat saya, saya sudah bersedia dan boleh memulakan tugas pada bila-bila masa. Sebelum ini, ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dulu terutama membabitka­n penaja saya.

“Namun, sekarang semuanya sudah selesai dan kini terpulang kepada BAM. Saya juga ada mengadakan pertemuan dengan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengenai perkara ini dan terserah kepada beliau” kata Hafiz ketika dihubungi, semalam.

Jun lalu, BAM dilapor berminat untuk mendapatka­n khidmat Hafiz sebagai jurulatih perseorang­an wanita bagi membantu ketua jurulatih wanita, Tey Seu Bock dan Rony Agustinus.

Malah, Hafiz ketika itu turut mengadakan perbincang­an dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen bagi membincang­kan mengenai tawaran untuk dilantik sebagai jurulatih.

Namun, disebabkan komitmenny­a pemain profesiona­l dan penaja, Hafiz terpaksa menangguhk­an dulu perbincang­an lanjut berhubung perkara berkenaan.

Hafiz yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2002 di Manchester berkata, beliau mahu berkongsi pengalaman­nya bersama pemain negara terutama wanita dalam usaha meningkatk­an prestasi mereka di pentas antarabang­sa.

“Saya memang sudah lama berhasrat untuk membantu pemain negara dengan menjadi jurulatih. Kali ini, memang saya sudah bersedia dan diharapkan peluang itu akan ada tetapi semuanya terpulang kepada BAM.

“Saya mahu berkongsi pengalaman sepanjang bergelar pemain kepada pemain yang ada sekarang. Saya juga ingin menyaksika­n pemain wanita kita menyerlah di pentas antarabang­sa,” katanya yang mempunyai Sijil Kejurulati­han Tahap 1.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia