Harian Metro

Yakin tamat badi emas

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

 Skuad bola keranjang berkerusi roda miliki 12 pemain mampu lakukan jaringan

Skuad bola keranjang berkerusi roda yakin mampu menamatkan kemarau emas di Sukan Para ASEAN apabila sudah membaiki punca kelemahan yang menyumbang kepada kegagalan dua tahun lalu.

Menurut kapten negara, Ahmad Nazri Hamzah, kelemahan Kuala Lumpur: Selepas lima kali berada di belakang Thailand, skuad bola keranjang kerusi roda negara bertekad untuk menebus kembali kekecewaan dan menghadiah­kan kemenangan pada Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan membuka tirainya Ahad ini.

Pengurus pasukan, Chee Chen Soon berkata sejak temasya 2007 di Korat, Malaysia hanya memperoleh pingat perak dan tewas di dalam aspek melakukan jaringan menyebabka­n skuad negara terpaksa akur pulang dengan dua perak manakala Thailand gah meraih dua emas dalam dua acara yang dipertandi­ngkan.

“Dua tahun lalu di Singapura, kami kekurangan pemain yang mampu meledak jaringan menjadi punca kekalahan. Jadi cabaran kali ini amat berbeza kerana semua 12 pemain yang tersenarai miliki keupayaanm­elakukan jaringan dengan baik.

“Jadi kami berharap kejutan akan berlaku untuk sekurang-kurangnya meraih sebutir pingat emas buat kali pertama di laman sendiri,” jelasnya. yang tampil buat kali ketiga mewakili negara di Sukan Para ASEAN.

Acara bola keranjang berkerusi roda mempertand­ingkan dua acara iaitu tiga lawan tiga dan berpasukan dengan saingan akan dijalankan secara liga sepusingan membabitka­n lima negara termasuk juara bertahan Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos.

“Sebenarnya jurang antara skuad negara dan Thailand tidak terlalu jauh. Sebelum ini kami hanya tewas kepada mereka dengan jumlah mata yang sedikit.

“Malah, kali ini kami bertambah yakin dengan kehadiran jurulatih kebangsaan Iran, Abbas Aghakoucha­ki yang turut membantu persiapan skuad negara,” katanya.

Skuad negara bersaing sejak 2005 namun sehingga kini masih memburu emas pertama di Sukan Para ASEAN.

 ??  ?? SKUAD Para bola keranjang negara ketika sesi latihan di MITEC, semalam.
SKUAD Para bola keranjang negara ketika sesi latihan di MITEC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia