Harian Metro

Sentuhan Fellaini julang United

-

Manchester: Pemain gantian Marouane Fellaini muncul sebagai sumber inspirasi tidak dijangka apabila Manchester United mudah menewaskan FC Basel 3-0 sekembalin­ya mereka ke kancah Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Fellaini, pengganti Paul Pogba yang mengalami kecederaan, membantu United mendahului pada minit ke-35 dalam hujan gerimis di Old Trafford dan mengumpan gol ketiga tuan rumah buat Marcus Rashford

(m-84) selepas Romelu Lukaku meledak pada awal babak kedua (m-53).

Ia perlawanan pertama Liga

Juara-Juara buat United sejak

Disember

2015 dengan anak buah Jose Mourinho memastikan mereka kembali menyertai pertanding­an elit itu selepas menjuarai Liga Europa musim lalu.

“Saya tetap menyatakan perkara sama mengenai Fellaini: dia seorang pemain dengan kualiti istimewa dan dia memberikan saya beberapa pilihan. Dia seorang daripada pemain paling penting buat saya,” kata Mourinho.

Di sebalik kemenangan selesa itu, Mourinho bengang dengan pasukannya kerana bermain agak sambil lewa.

“Hingga 2-0 kami amat stabil,” katanya. “Selepas 2-0 semuanya berubah. Kami mula berhenti bermain dengan serius dan berhenti melakukan keputusan tepat. Kami mungkin meletakkan diri dalam bahaya.

“Kami bermain bola sepak fantasi, bola sepak PlayStatio­n. Saya tidak sukakannya.” - AFP

 ??  ?? FELLAINI (dua kiri) dapat pujian daripada Mourinho.
FELLAINI (dua kiri) dapat pujian daripada Mourinho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia