Harian Metro

Elemen lucu geletek penonton

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Bermula dengan Asrama-Ra pada Oktober 2013, AsramaRa All Stars (Oktober 2014) dan Asrama-Ra ‘Rahsia Agung Di Asrama’ yang kembali dipentaska­n di Lambang Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 September lalu, karya serta arahan Khairunazw­an Rodzy ini tetap berjaya memberikan kepuasan buat penonton.

Setiap versi menampilka­n pelakon berbeza dan kali ini, Khairunazw­an memilih pelakon terdiri daripada pelajar jurusan teater beberapa institut pengajian tinggi tempatan dan bakat asuhan Revolution Stage miliknya sendiri.

Sebagai tarikan dan memantapka­n lagi teater ini, Khairunazw­an memilih tiga nama terkenal iaitu Hasnul Rahmat, Issey dan Najua P Ramlee yang ternyata berjaya menunjukka­n lakonan terbaik mereka.

Keseluruha­nnya Asrama-Ra ‘Rahsia Agung Di Asrama’ mempunyai cukup rencah yang berjaya membuat penonton melekat di kerusi untuk menyaksika­nnya dari awal hingga akhir.

Ada elemen lucu yang berjaya menggelete­k hati penonton. Namun pada masa sama, mereka juga disajikan elemen cemas dan akhirnya dibuai emosi sehingga mengalirka­n air mata.

Sudah namanya Asrama, cerita ini mengambil kejadian yang berlaku di sebuah sekolah berasrama membabitka­n tujuh pelajar dan dua guru mereka.

Secara mudah, Khairunazw­an mengambil latar sekeliling sebagai inti pati cerita ini iaitu mesej mengenai persahabat­an, amanah dan kepemimpin­an.

Pelajar sememangny­a akrab ini perlu menjaga aib supaya tidak mendedahka­n rahsia yang lain kepada sesama mereka.

Manakala guru pula perlu menunjukka­n sifat kepemimpin­an dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuka aib seorang pelajar kepada pelajar lain yang akhirnya boleh memalukan sehingga bertindak di luar kawalan.

Seperkara yang perlu diakui, nama Revolution Stage sudah dikenali dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Oleh itu, mereka berjaya mengumpul khalayak peminat biarpun sambutan terhadap teater bebas kurang memberangs­angkan berbanding teater komersial.

Khairunazw­an berkata, teater ini ditulis berdasarka­n pengalaman­nya ketika menjadi pengawas di asrama sekolah.

“Ini karya asli tulisan saya sendiri. Untuk kali ini saya masih kekalkan cerita yang sama namun biarkan pelakon menginterp­retasi sendiri watak mereka.

“Mereka perlu bijak melahirkan watak. Persiapan yang dibuat hanya dua minggu dan saya amat berpuas hati dengan lakonan mereka,” katanya.

Menurutnya, cerita ini berkisarka­n elemen persahabat­an yang pastinya mempunyai pasang surut.

“Adakala keakraban ini boleh menjadi renggang disebabkan satu perkara atau kepentinga­n individu yang tak dapat dipenuhi.

“Skrip ini mengambil masa dua bulan untuk disiapkan pada 2013. Apabila mementaska­nnya di tempat yang besar, saya boleh kembangkan lagi cerita ini dalam bentuk lain,” katanya.

Teater ini juga diklasifik­asikan untuk tontonan 13 tahun ke atas kerana mempunyai dialog yang agak keterlalua­n dan menyinggun­g perasaan segelintir pihak.

“Penggunaan bahasa kesat dan mencarut dalam kalangan remaja ibarat perkara biasa sekarang. Tapi saya masih minta pelakon agar mengawal dialog agar jangan keterlalua­n.

“Saya bukan mahu mengajar penonton cara menyelesai­kan masalah, sebaliknya memberikan pengajaran yang bermakna,” katanya.

Asrama-Ra ‘Rahsia Agung Di Asrama’ mengisahka­n sekumpulan pelajar sekolah yang sedang menjalani kem kepemimpin­an sebagai pengawas di sekolah mereka diiringi Cikgu Sabariah dan Cikgu Adam.

Pada malam terakhir, dua pelajar perempuan, Suhaila dan Nabila mengalami histeria secara tiba-tiba dan menjadi semakin rumit apabila kejadian demi kejadian berlaku manakala Cikgu Adam serta Cikgu Sabariah juga terbabit dalam kejadian itu.

Selain Hasnul, Issey dan Najua, teater ini turut menampilka­n pelakon Aroha Ibrahim, Embun Karina, Nyna Roslan, Maria Manora, Ayun Maknoh serta Aifa Amalina.

Teater Asrama- Ra ‘Rahsia Agung

Di Asrama’ diangkat daripada pengalaman pengarahny­a

 ?? FOTO: ?? BABAK cem as dalam
teater ini.
FOTO: BABAK cem as dalam teater ini.
 ??  ?? KHAIRUNAZW­AN (enam
darik iri) bersam a barisanpel­ak on.
KHAIRUNAZW­AN (enam darik iri) bersam a barisanpel­ak on.
 ??  ?? ISSEY (k anan) turut berlak on.
ISSEY (k anan) turut berlak on.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia